14,653 kes 271 kematian di Thailand

BANGKOK 3 Sept. – Thailand merekodkan 14,653 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,249,140 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 12,374 orang selepas 271 lagi dilaporkan meninggal dunia.

Sebanyak 14,397 kes melibatkan orang awam (termasuk dua kes import) manakala 256 lagi dalam kalangan banduan.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, kes sembuh pula meningkat kepada 1,076,966 orang selepas 18,262 lagi pesakit dilaporkan pulih manakala 159,800 orang lagi sedang mendapatkan rawatan.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) pula melaporkan Bangkok terus mendahului jumlah kes harian tertinggi dengan merekodkan 3,428 kes diikuti Samut Prakan 1,237 dan Samut Sakorn 859 kes.

Di samping itu, sebanyak 865,074 dos vaksin diberikan melibatkan 394,608  orang menerima dos pertama, 468,104 dos kedua dan 2,362 menerima dos ketiga.

Setakat ini 34,292,537 dos diberikan melibatkan 21,771,893 yang menerima dos pertama dan 7,822,525 lagi menerima dua dos.

Sementara itu, Phuket akan dibuka kepada pelancong domestik yang lengkap vaksinasi selepas perintah berkurung sementara berakhir 8 September ini.

Mereka perlu mengesahkan hotel atau penginapan di Phuket, menjalani ujian saringan Covid-19 sekiranya mahu tinggal lebih sembilan hari.

Mereka juga perlu membuktikan telah mendapat suntikan dua dos vaksin sama ada Sinovac, Sinopharm, Sputnik V, campuran Sinovac-AstraZeneca atau satu dos AstraZeneca, Pfizer, Moderna atau Johnson & Johnson.

Related posts

Leave a Comment