Rajapaksa tiba di Singapura

SINGAPURA 14 Julai – Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa tiba di Singapura  lewat petang ini dari Maldives selepas melarikan diri dari negaranya sehari sebelum itu. 

Dalam satu kenyataan, Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura mengesahkan demikian sejurus selepas pukul 8 malam bahawa Rajapaksa memasuki Singapura atas  “lawatan peribadi”.

Beliau tidak meminta perlindungan suaka ataupun diberikan sebarang perlindungan suaka. Singapura secara amnya tidak meluluskan permintaan bagi mendapatkan perlindungan suaka.

Rajapaksa dilaporkan tiba di Singapura dari Male kira-kira pukul 7.20 malam melalui penerbangan Saudia 788. 

Laporan media sebelum ini menyebut beliau dijadual mendarat di Singapura pada pagi Khamis menaiki pesawat Singapore Airlines (SIA).

Bagaimanapun satu media Sri Lanka, yang memetik sumber-sumber dari Maldives, melaporkan Rajapaksa dan isterinya tidak menaiki pesawat tersebut disebabkan oleh faktor keselamatan.

Related posts

Leave a Comment