Singapura catat kes ke-6 cacar monyet

SINGAPURA 15 Julai – Singapura melaporkan kes jangkitan cacar monyet ketiga dalam negara hari ini yang juga kes keenam di Singapura sejak bulan lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), pesakit itu adalah seorang lelaki warga Singapura berusia 41 tahun dan tiada kaitan dengan kes kes lain

Lelaki itu kini dimasukkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dan keadaannya stabil.

Dia mengalami ruam pada 9 Julai dan mendapatkan rawatan perubatan pada 12 Julai dan kemudian dimasukkan ke NCID pada hari berikutnya..

Dengan perkembangan ini, Singapura merekodkan tiga kes import manakala tiga lagi adalah jangkitan tempatan.

Related posts

Leave a Comment