2,257 kes, 28 kematian di Thailand

BANGKOK 14 Julai – Thailand merekodkan 28 kematian dengan 2,257 kes harian hari ini berbanding 25 orang meninggal dunia dan 2,391 kes dilaporkan semalam

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,256 adalah kes tempatan manakala satu kes import dilaporkan.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan orang yang meninggal dunia meningkat kepada 30,935 manakala  4,553,181 kes direkodkan sejak pandemik bermula.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, sehingga malam tadi, sebanyak

24,191 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,288 di hospital, 1,123 di kemudahan hospital dan 12,746 di rumah atau pengasingan komuniti.

Daripada jumlah kes di hospital itu, sebanyak 770 dalam keadaan kritikal dan 337 bergantung kepada bantuan ventilator

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 2,120 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kesembuhan meningkat kepada 4,498,055 orang.

Related posts

Leave a Comment