3,584 kes baharu Indonesia

JAKARTA 14 Julai – Indonesia melaporkan penambahan 3,584 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada

6,123,753 orang.

Menurut data yang dikeluarkan, kes tertinggi direkodkan di Jakarta dengan 1,749 kes diikuti Jawa Barat 723 dan Banten 407 kes

Sebanyak 2,872 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih meningkat kepada 5,942,436 orang.

Sembilan lagi meninggal dunia akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan 156,827 kematian sejak pandemik bermula Mac 2020.

Sementara itu, jumlah kes positif pula adalah sebanyak 703 menjadikan jumlah keseluruhan 24,490.

Related posts

Leave a Comment