Kes harian Singapura melonjak 16,870

SINGAPURA 13 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 16,870 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Rabu ini, satu kenaikan hampir tiga kali ganda berbanding 5,979 kes yang dicatatkan semalam. Menurut kenyataan MoH, jumlah itu juga tertinggi melebihi 12,784 kes yang pernah dicatatkan pada 5 Julai lalu.  Jumlah kes baharu itu terdiri daripada 15,978‬ jangkitan tempatan dan 892 ‬kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,557,648 sejak pandemik bermula Mac 2020. Sebanyak 15,926 adalah kes baharu Protokol 2, iaitu 15,072 kes tempatan dan 854…

Read More

PM Britain: 8 calon ke pusingan kedua

LONDON: Anggota Parlimen Parti Konservatif akan mengundi pada Rabu, 13 Julai untuk mengurangkan pilihan memilih antara lapan calon, yang berhasrat mengganti Boris Johnson selaku ketua parti serta Perdana Menteri Britain.  Tiga daripada 11 calon awal bagi jawatan perdana menteri itu disingkirkan setelah gagal memperoleh sokongan yang mencukupi daripada rakan-rakan mereka. Rishi Sunak, yang peletakan jawatannya minggu lalu selaku menteri kewangan membantu mempercepatkan kejatuhan Johnson, adalah calon pilihan dan meraih paling banyak sokongan terbuka dalam kalangan penggubal undang-undang. Nadhim Zahawi, yang menggantikan Rishi Sunak, dan Menteri Luar Liz Truss merupakan antara…

Read More

Rafizi senarai 26 calon pilihan MPP

KUALA LUMPUR 14 Julai – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menamakan 26 calon pilihannya bagi merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu semasa Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini. Sambil mengalu-ngalukan semua calon yang bertanding, Rafizi dalam kenyataan melalui Facebooknya mengajak anggota parti memilih calon-calon yang secara jelas menolak ‘khemah besar’. “Undilah calon-calon yang konsisten menolak khemah besar. Pilih calon yang mempunyai kepakaran masing-masing yang boleh digunakan untuk membina kekuatan parti. “Kita wajar menjauhi budaya mengangkat pemimpin yang hanya mahu mengisi jawatan tetapi tidak berfungsi atau…

Read More

Garis panduan NBD sambut jemaah haji

BERAKAS 13 Julai – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Negara Brunei Darussalam (NBD) menasihatkan orang ramai mematuhi Garis Panduan Kepulangan Jemaah Haji NBD bagi Musim Haji Tahun 1443 Hijrah /2022 Masihi. Menteri Hal Ehwal Ugama, Awang Badaruddin Awang Othman berkata antara garis panduan itu adalah ahli keluarga jemaah tidak beramai-ramai menjemput jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 16 dan 17 Julai ini. “Hanya seorang ahli keluarga sahaja dibenarkan bagi menjemput setiap seorang jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei iaitu bagi mengelakkan perkumpulan yang terlalu ramai dan juga…

Read More

Teman wanita aksi ‘komedi’ didakwa

PETALING JAYA 13 Julai – Teman lelaki kepada wanita yang didakwa menanggalkan baju dan tudungnya di sebuah kelab komedi baru-baru ini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. V Alexander Navin, 38, didakwa atas pertuduhan memuat naik hantaran jelik di media sosial dengan niat menyakitkan hati. Dia mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus. Bagi pertuduhan pertama, Alexander didakwa pada 5 Jun lalu memuat naik hantaran menyakitkan hati di akaun Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan di pautan Instagram dengan niat menyakitkan hati orang lain.…

Read More

RUU ‘lompat parti’ dibahas 27 & 28 Julai

PUTRAJAYA 13 Julai – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti dicadang dibahaskan di Dewan Rakyat pada 27 dan 28 Julai ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata RUU terbabit bersama penyata laporan Jawatankuasa Pilihan Khas akan diletak di atas meja ahli Parlimen pada 18 Julai ini. Katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti Bil 6 2022 hari…

Read More

WHO bimbang peningkatan semula Covid-19

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kebimbangan berikutan peningkatan semula kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 selain trend peningkatan kes cacar monyet. Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus berkata, Jawatankuasa Kecemasan Covid-19 mengadakan mesyuarat pada Jumaat minggu lalu dan membuat kesimpulan bahawa virus itu kekal dilabel sebagai “kecemasan global”,” Tedros ketika sesi webinar media pada Selasa menegaskan wabak itu berada pada tahap amaran tertinggi WHO. Katanya, Jawatankuasa kini memberi perhatian terhadap sub-varian Omicron seperti BA.4 dan BA.5 yang terus memacu gelombang kes, kadar kemasukan ke hospital dan kematian di seluruh dunia.…

Read More

2,345 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 13 Julai – Sebanyak 2,345 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,600,736 kes. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW , tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan di Kedah dan Melaka serta satu kes di Perak melibatkan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID). Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kematian dalam negara kini adalah sebanyak 35,819 orang. Sebanyak 35,716 kes aktif Covid-19 direkodkan dengan 34,411 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah…

Read More

Sebutan kes Siti Nuramira 18 Ogos

KUALA LUMPUR 13 Julai – Siti Nuramira Abdullah, wanita tular di media sosial kerana menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Wanita yang masih bujang dan bekerja sebagai pegawai eksekutif di syarikat teknologi maklumat itu dikenakan tuduhan menyebabkan rasa tidak harmoni dalam kalangan orang Islam atas perbuatannya pada 4 Jun lalu. Sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, tertuduh mengaku tidak bersalah. Mengikut pertuduhan, Siti Nuramira, 26, didakwa mengaku seorang Muslim dan menghafal 15…

Read More