2,345 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 13 Julai – Sebanyak 2,345 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa dengan tiga daripadanya merupakan kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,600,736 kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal COVIDNOW , tiga kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan di Kedah dan Melaka serta satu kes di Perak melibatkan kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kematian dalam negara kini adalah sebanyak 35,819 orang.

Sebanyak 35,716 kes aktif Covid-19 direkodkan dengan 34,411 atau 96.3 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah dan 21 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 1,232 pesakit Covid-19 ditempatkan di hospital dengan 52 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), di mana 31 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 21 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh yang direkodkan pada Selasa ialah 2,384 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh wabak tersebut dalam negara kepada 4,529,201 kes.

Sementara itu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan kes harian tertinggi dengan 707 kes diikuti Selangor 650, Sabah 177, Perak 172, Negeri Sembilan 122, Pulau Pinang 97, Wilayah Persekutuan Putrajaya 86, Johor 83 dan Melaka 61.

Sarawak mencatatkan 49 kes, Kedah 46, Pahang 45, Kelantan 25, Terengganu 18, Wilayah Persekutuan Labuan 4 dan Perlis 3 kes.

Related posts

Leave a Comment