Terhad 5 liter setiap jemaah

JEDDAH: Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz (KAIA) di Jeddah kini membenarkan jemaah haji, yang pulang ke negara masing-masing, untuk membawa air Zamzam menaiki pesawat antarabangsa. Jemaah haji dibenarkan untuk membeli  hanya satu botol air Zamzam 5 liter menerusi salah satu tempat penjualan di premis lapangan terbang itu. Menurut laporan Saudi Gazette, penguasa KAIA memperuntukkan laluan yang berasingan bagi air Zamzam dan penumpang tidak dibenarkan membawa air Zamzam di dalam bagasi yang didaftarkan ke dalam pesawat. Difahamkan Pos Malaysia yang beroperasi di Makkah juga tidak dibenarkan mengirim air Zamzam seperti sebelum…

Read More

PN guna logo baharu PRU-15

IPOH 11 Julai – Perikatan Nasional (PN) akan memperkenalkan logo baharu untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Muhyiddin Yassin. Langkah itu adalah susulan cadangan mengubah suai logo sedia ada yang dibuat pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN, dua minggu lepas. “Kita akan buat penambahbaikan dan ada simbol yang digunakan. Kita akan perkenalkan dan dimaklumkan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya, Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak di sini, hari ini. Muhyiddin mengulas kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, berhubung penggunaan…

Read More

Peningkatan ketara kes Covid-19

PUTRAJAYA 11 Julai – Beberapa indikator situasi Covid-19 negara menunjukkan peningkatan ketara pada Minggu Epidemiologi 27/2022 (ME 27/2022) bagi tempoh 3 Julai hingga kelmarin, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata kes baharu Covid-19 meningkat 27.9 peratus berbanding minggu sebelumnya, iaitu daripada 16,694 kes kepada 21,355 kes. Katanya, peningkatan itu membabitkan kes penularan tempatan iaitu 28.1 peratus bersamaan 16,650 kes kepada 21,325 kes. Bilangan kematian disebabkan jangkitan berkenaan turut meningkat 46.2 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada 26 kes kepada 38 kes. “Bilangan kes aktif setiap hari…

Read More

Thailand catat 1,811 kes, 24 kematian

BANGKOK 11 Julai – Thailand merekodkan 24 lagi kematian dan 1,811 kes jangkitan Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,546,854 kes sejak pandemik bermula pada Mac 2020. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kematian harian bertambah dua orang berbanding 24 sebelumnya manakala jumlah kes menunjukkan penurunan berbanding 2,004 kelmarin. Hanya dua kes harian import direkodkan manakala 1,809 adalah kes dalam kalangan penduduk awam. Sehingga semalam, 2,268 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,491,919 orang manakala 24,076 menerima rawatan termasuk 786 dalam keadaan kritikal dan 349 bergantung kepada bantuan ventilator.…

Read More

Penduduk dunia 8 bilion 15 Nov. ini

NEW YORK 11 Julai – Penduduk dunia dijangka mencapai angka lapan bilion pada 15 November depan, manakala India dijangka melepasi China sebagai negara berpenduduk paling ramai pada 2023. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata jumlah penduduk keseluruhan itu menjadi peringatan bahawa semua bertanggungjawab bersama bagi menjaga bumi. “Ini harus dijadikan wadah mencermin diri untuk melihat kekurangan yang ada pada kita bagi memenuhi komitmen antara satu sama lain. “Ini adalah kesempatan untuk meraikan kepelbagaian, mengiktiraf kemanusiaan dan mengagumi kemajuan dalam kesihatan yang memanjangkan jangka hayat dan secara mendadak…

Read More

Majoriti LDP pimpinan PM Jepun meningkat

TOKYO: Pembunuhan Shinzo Abe meningkatkan sokongan terhadap parti pemerintah terutama di kawasan panas apabila majoriti kerajaan gabungan konservatif Jepun di Dewan Negara meningkat menerusi pilihan raya semalam. Parti Liberal Demokratik  (LDP) pimpinan Perdana Menteri, Fumio Kishida dan rakan kongsi muda, Komeito, memenangi 76 daripada 125 kerusi yang dipertandingkan berbanding hanya 69 sebelum ini. LDP memenangi 63 kerusi, meningkat berbanding 55 sebelum ini, sekali gus memperoleh majoriti kerusi, namun belum cukup untuk mendapat majoriti keseluruhan. Pilihan raya bagi Dewan Negara lazimnya menjadi referendum kepada kerajaan yang memerintah tetapi ia tidak mempengaruhi…

Read More

7 juta disaran ambil dos penggalak

BERA 11 Julai – Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menasihatkan kira-kira tujuh juta penduduk Malaysia yang belum mengambil suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 agar segera berbuat demikian susulan lonjakan kes baharu ketika ini. Beliau berkata, walaupun dos penggalak tidak diwajibkan, pengambilannya akan dapat memastikan perlindungan lebih baik daripada jangkitan virus berbahaya itu, terutama dengan kemunculan varian baharu yang lebih mudah menjangkiti. Ismail Sabri bagaimanapun memberi jaminan kerajaan tidak bercadang menutup semula sektor ekonomi atau sebagainya walaupun kes Covid-19 kembali meningkat. “Walaupun tiada paksaan, saya nasihatkan mereka yang belum menerima suntikan…

Read More

3,264 kes baharu Covid-19 Malaysia

PUTRAJAYA 11 Julai – Sebanyak 3,264 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, termasuk lima kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik meningkat kepada 4,524,281. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, pada masa yang sama dua lagi meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,811 kematian. Sebanyak 35,882 kes aktif dilaporkan, meningkat 559 kes di mana 43 sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 26 memerlukan bantuan alat pernafasan. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 4,524,281 selepas 2,703 lagi pesakit dilaporkan pulih. Sementara itu, Selangor terus merekodkan…

Read More