Thailand catat 1,811 kes, 24 kematian

BANGKOK 11 Julai – Thailand merekodkan 24 lagi kematian dan 1,811 kes jangkitan Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,546,854 kes sejak pandemik bermula pada Mac 2020.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kematian harian bertambah dua orang berbanding 24 sebelumnya manakala jumlah kes menunjukkan penurunan berbanding 2,004 kelmarin.

Hanya dua kes harian import direkodkan manakala 1,809 adalah kes dalam kalangan penduduk awam.

Sehingga semalam, 2,268 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,491,919 orang manakala 24,076 menerima rawatan termasuk 786 dalam keadaan kritikal dan 349 bergantung kepada bantuan ventilator.

Setakat ini jumlah keseluruhan kes kematian yang direkodkan adalah sebanyak 30,859 orang termasuk 9,161 yang meninggal tahun ini.

Related posts

Leave a Comment