PUTRAJAYA 11 Julai – Sebanyak 3,264 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, termasuk lima kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik meningkat kepada 4,524,281.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, pada masa yang sama dua lagi meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 35,811 kematian.
Sebanyak 35,882 kes aktif dilaporkan, meningkat 559 kes di mana 43 sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 26 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 4,524,281 selepas 2,703 lagi pesakit dilaporkan pulih.
Sementara itu, Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 1,326 kes menjadikan jumlah keseluruhan di negeri itu mencecah 1,399,923 orang.
Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 847, Perak 230, Sabah 208, Pulau Pinang 144 dan Negeri Sembilan 131.
Di bawah 100 kes adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya 84, Johor 75, Melaka 62, Sarawak 47, Pahang 38, Kedah 37, Kelantan 14, Terengganu 12, Wilayah Persekutuan Labuan 5 dan Perlis 4.
