Bekalan lembu, biri-biri merosot

GAZA – Jika sebelum ini, setiap tahum Gaza menerima antara 10,000 dan 20,000 lembu serta 30,000 hingga 40,000 biri-biri menjelang Aidiladha, namun tahun ini bekalan merosot sepenuhnya sekali gus menjejaskan pasaran.

Menurut Kementerian Pertanian wilayah itu, import haiwan hidup, makanan dan ubat-ubatan veterinar menurun kepada ‘sifar’ disebabkan penutupan berterusan lintasan.

Peniaga dan penternak berkata bilangan ternakan yang tinggal menurun mendadak, dengan beberapa peniaga menganggarkan ketersediaan biri-biri tidak lebih 10 peratus daripada paras sebelum perang dan menekankan bahawa peningkatan kos makanan mendorong banyak pihak meninggalkan sektor itu.

Justeru warga Palestin di Semenanjung Gaza dijangka menyambut Aidiladha untuk tahun ketiga berturut-turut di tengah-tengah apa yang disifatkan oleh pegawai dan penduduk sebagai keadaan kemanusiaan yang teruk.

Selain itu, kekurangan ternakan yang meluas dan harga melambung tinggi turut menyebabkan kebanyakan keluarga tidak mampu membeli haiwan korban.

Kementerian Pertanian wilayah itu memaklumkan sektor ternakan musnah akibat perang yang berterusan sejak Oktober 2023, mendakwa pemusnahan ladang, kemudahan veterinar dan tapak penyimpanan makanan, serta pembunuhan sejumlah besar haiwan.

Harga, menurut peniaga, telah melonjak, dengan beberapa peniaga melaporkan seekor biri-biri yang sebelum ini berharga sekitar US$300 (RM1,190) kini dijual antara US$4,000 (RM15,870) dan US$5,000 (RM19838).

Penduduk berkata krisis itu menyebabkan sambutan hari raya tradisional tidak dapat dilaksanakan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment