Kes harian Singapura 9,989

SINGAPURA 6 Julai – Selepas lonjakan kes 12,784 semalam, tertinggi sejak 22 Mac 2020, Singapura hari ini merekodkan 9,989 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,495,953. Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan, jumlah kes baharu itu terdiri daripada 9,525 jangkitan tempatan dan 464 ‬kes import. Dua lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,423 kematian. Menurut MoH, jumlah kes baharu Protokol 2 pula adalah 9,152, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada 8,749…

Read More

6.1 juta kes, 5.9 juta sembuh

JAKARTA 6 Julai – Indonesia merekodkan 2,743 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sejak 2 Mac 2020 meningkat kepada 6,100,671. Menurut data yang dikeluarkan, peningkatan kes banyak berlaku di Jakarta dengan 1,516 kes diikuti Jawa Barat 537 dan Banten 281 kes. Jumlah pesakit sembuh adalah seramai 2,045 orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,925,853 orang pulih. Bagi kes kematian pula, jumlah keseluruhan meningkat kepada 156,770 orang apabila empat lagi dilaporkan meninggal dunia. Kes aktif pula bertambah 694 menjadikan jumlah keseluruhan 18,048.

Read More

Ladang musang king bukan punca banjir

BALING 6 Julai – Projek pembangunan ladang durian Musang King sebanyak lapan peratus kawasan di Gunung Inas tidak menyumbang secara signifikan kepada kejadian banjir dan kepala air petang kelmarin. Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) dalam kenyataannya berkata kejadian berkenaan berkemungkinan besar disebabkan hujan lebat untuk tempoh yang lama. Katanya, kemampuan sungai menampung kapasiti aliran air yang besar turut menjadi penyumbang kepada kejadian itu. MBI Kedah berpandangan bahawa pembangunan ladang yang membabitkan lapan peratus daripada keseluruhan kawasan terimaan hujan itu tidak menjadi punca kepada kejadian banjir berkenaan. “Selain itu, tiada aktiviti…

Read More

32 kematian, 2,428 kes baharu Thailand

BANGKOK 6 Julai – Sebanyak 22 kematian Covid-19 dilaporkan dan 2,428 kes baharu direkodkan semalam berbanding 18 meninggal dunia dan 1,917 kes kelmarin. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah itu tidak termasuk 4,079 keputusan positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan menjadi 6,507. Jumlah kes baharu itu melibatkan 2,424 kes dalam kalangan penduduk awam, seorang penghuni penjara dan tiga kes import. Dengan perkembangan ini jumlah kes meningkat kepada 4,536,445 dengan jumlah kematian pula 30,758 orang. Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 24,792 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 9,987 di hospital, 1,178…

Read More

Dua anggota Kabinet UK letak jawatan

LONDON: Dua anggota Kabinet pimpinan Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson, meninggalkan kerajaan secara mengejut semalam, ketika pergaduhan dalaman berlaku dalam pimpinan tertinggi parti Konservatif. Rishi Sunak melepaskan jawatan Canselor Perbendaharaan (Menteri Kewangan) UK, manakala Sajid Javid meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Kesihatan. Kedua-duanya memaklumkan tidak boleh lagi bertahan dengan skandal yang membelenggu Johnson sejak beberapa bulan lalu. Berikutan peletakan jawatan itu, Johnson menamakan Setiausaha Pendidikan kelahiran Iraq, Nadhim Zahawi, sebagai Menteri Kewangan dan Ketua Staf Downing Street, Steve Barclay dilantik Menteri Kesihatan. Sementara itu, pemimpin parti Buruh, Keir Starmer,…

Read More

Kluster baharu cetus kebimbangan China

BEIJING: Kluster baharu Covid-19 mencetuskan kebimbangan perintah sekatan menyeluruh akan kembali dilaksanakan di seluruh China. Pihak berkuasa kesihatan China melaporkan lebih 300 jangkitan hari ini, dengan kluster dikesan di bandar bersejarah Xi’an serta bandar terbesar China, Shanghai. Puluhan juta penduduk di China dikenakan perintah berkurung hari ini, dengan perniagaan di bandar tarikan pelancong utama terpaksa berhenti beroperasi. Xi’an yang didiami 13 juta penduduk kembali dikenakan ‘langkah sekatan sementara’ selepas 29 jangkitan direkodkan sejak Sabtu lalu, dengan majoritinya dalam kalangan pekerja kitar semula. Pusat hiburan awam termasuk pub, kafe internet dan…

Read More

1.9 juta kenderaan dijangka guna PLUS

KUALA LUMPUR 6 Julai – Plus Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 1.9 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari sempena cuti perayaan Aidiladha bermula esok hingga Selasa depan. Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, berkata jangkaan itu melebihi jumlah 1.8 juta kenderaan sehari pada hari biasa. Justeru, PLUS menasihatkan pengguna merancang perjalanan dengan menggunakan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan sepanjang tempoh perayaan itu bagi mengelak kesesakan. “Berdasarkan kajian bagi perjalanan kembali semula ke Lembah Klang, pengguna dijangka mengalami tempoh perjalanan dua kali lebih panjang berbanding perjalanan biasa…

Read More

Tiada pelekat ‘VIP’ bas jemaah haji

MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengeluarkan arahan supaya syarikat perkhidmatan haji tempatan tidak meletak pelekat ‘VIP’ (Orang Penting atau Kenamaan) pada bas yang digunakan bagi membawa jemaah. Kapasiti setiap bas pula tidak melebihi jumlah jemaah yang diperuntukkan, dan perlu ada sebuah bas rizab bagi setiap 500 jemaah. Arahan itu terkandung dalam manual prosedur kawal selia yang dikeluarkan kementerian itu kepada syarikat dan pertubuhan tempatan yang menyediakan khidmat haji tahun ini. Menurut laporan Saudi Gazette, penyedia perkhidmatan juga seharusnya mendapatkan permit bagi kemasukan bas berlesen ke Tanah Suci. Bas…

Read More

Suhu Tanah Suci boleh cecah 44 Celcius

RIYADH 6 Julai – Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi mengeluarkan laporan bahawa suhu maksimum di Tanah Suci semasa musim haji tahun ini dijangka mencecah antara 42 hingga 44 darjah Celsius pada siang hari. Menurut NCM,  beberapa kawasan di situ juga boleh menyaksikan kegiatan angin agak kencang pada waktu siang. Ini sebagai tambahan pada hakikat bahawa kadar habuk juga mungkin meningkat, dengan kelajuan gerakannya sehingga 35 kilometer sejam (km/j), terutama di kawasan terbuka dan lebuh raya. Selain itu, ada kemungkinan ribut petir terbentuk di kawasan tinggi di wilayah selatan bandar…

Read More

PM Sri Lanka mengakui negara muflis

COLOMBO 6 Julai – Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe mengakui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Lebih buruk keadaan itu dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan dan realitinya Sri Lanka perlu menghadapi kesukaran pada 2023. Sebanyak 22 juta penduduk negara kepulauan itu telah mengalami inflasi yang melambung tinggi dan pemotongan tenaga berpanjangan selepas mata wang asing negara habis digunakan untuk mengimport barangan penting. Dalam satu sesi di Parlimen pada Selasa, Wickremesinghe berkata, negara yang dahulunya makmur…

Read More