6.1 juta kes, 5.9 juta sembuh

JAKARTA 6 Julai – Indonesia merekodkan 2,743 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sejak 2 Mac 2020 meningkat kepada 6,100,671.

Menurut data yang dikeluarkan, peningkatan kes banyak berlaku di Jakarta dengan 1,516 kes diikuti Jawa Barat 537 dan Banten 281 kes.

Jumlah pesakit sembuh adalah seramai 2,045 orang yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,925,853 orang pulih.

Bagi kes kematian pula, jumlah keseluruhan meningkat kepada 156,770 orang apabila empat lagi dilaporkan meninggal dunia.

Kes aktif pula bertambah 694 menjadikan jumlah keseluruhan 18,048.

Related posts

Leave a Comment