Kes harian Singapura 9,989

SINGAPURA 6 Julai – Selepas lonjakan kes 12,784 semalam, tertinggi sejak 22 Mac 2020, Singapura hari ini merekodkan 9,989 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,495,953.

Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan, jumlah kes baharu itu terdiri daripada 9,525 jangkitan tempatan dan 464 ‬kes import.

Dua lagi individu meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,423 kematian.

Menurut MoH, jumlah kes baharu Protokol 2 pula adalah 9,152, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia terdiri daripada 8,749 kes tempatan dan 403 kes import manakala 837‬‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR yang meliputi 776 jangkitan tempatan, dan 61 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.26, berbanding 1.34 semalam. Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin meningkat.

Sementara itu sebanyak 683 pesakit masih dirawat di hospital,  di mana 81 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 15 dipantau rapi di ICU manakala 6,454 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Related posts

Leave a Comment