32 kematian, 2,428 kes baharu Thailand

BANGKOK 6 Julai – Sebanyak 22 kematian Covid-19 dilaporkan dan 2,428 kes baharu direkodkan semalam berbanding 18 meninggal dunia dan 1,917 kes kelmarin.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah itu tidak termasuk 4,079 keputusan positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan menjadi 6,507.

Jumlah kes baharu itu melibatkan 2,424 kes dalam kalangan penduduk awam, seorang penghuni penjara dan tiga kes import.

Dengan perkembangan ini jumlah kes meningkat kepada 4,536,445 dengan jumlah kematian pula 30,758 orang.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 24,792 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 9,987 di hospital, 1,178 di kemudahan hospital, dan 13,622 di rumah atau pusat pengasingan komuniti.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 727 dalam keadaan kritikal dan 318 yang bergantung kepada bantuan ventilator manakala 2,049 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 4,480,895 orang pulih.

Related posts

Leave a Comment