Kadar penuaan Asia Pasifik tinggi

BANGKOK 2 Julai –  Kadar penuaan penduduk Asia Pasifik lebih tinggi berbanding rantau lain di mana kira-kira 630 juta orang berumur 60 tahun ke atas, mewakili 60 peratus warga emas dunia. Menurut Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP), menjelang 2050, jumlah itu diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion. Majoriti mereka yang lebih tua adalah wanita; merangkumi 61 peratus dan berumur 80 tahun ke atas. Warga emas di rantau ini juga berdepan dengan ketidakadilan dan terkesan dengan pelbagai isu yang timbul termasuk ketidaktentuan geopolitik, pandemik Covid-19,…

Read More

7,952 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 2 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,952 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,461,107 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,639‬‬ adalah jangkitan tempatan dan 313 ‬kes import manakala satu kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,416 orang meninggal dunia. Sebanyak 7,187 adalah kes Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 6,906 kes tempatan dan 281 kes import manakala…

Read More

Usulkan Perjanjian Malaysia Baharu

PENAMPANG 2 Julai – Kepemimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah disaran mengusulkan Perjanjian Malaysia Baharu sebagai jalan ke hadapan yang lebih konkrit ke arah merealisasikan hak dan tuntutan negeri itu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan berkata perjanjian baharu itu perlu ditunjangi semangat, konteks dan aspirasi baharu dalam memugar seterusnya mengembalikan hak serta kepentingan Sabah namun pada masa sama, menguatkan Persekutuan Malaysia. “Kita mesti mempunyai jalan keluar untuk isu ini. Ia telah berlarutan sekian lama dan rakyat Sabah mahukan jalan ke hadapan yang konkrit. Pada tahap rundingan…

Read More

Thailand catat 2,508 kes baharu

BANGKOK 2 Julai – Thailand merekodkan 2,508 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menunjukkan peningkatan berbanding 2,354 yang dilaporkan pada Jumaat. Dalam tempoh yang sama 17 lagi dilaporkan meninggal dunia Jumlah kes baharu itu tidak termasuk 3,489 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 5,997 kes. Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 4,527,777 dengan jumlah kematian 30,681. Setakat Jumaat, sebanyak 24,723 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,149 di hospital, 1,134 di hospital lapangan atau kemudahan hospital dan 13,428 di rumah…

Read More

Hanya satu kem UMNO

KUALA LUMPUR 2 Julai – “Kem (dalam UMNO)? Mana ada kem. Hanya satu kem dalam UMNO,” . Itu penjelasan Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob. Kenyataan itu berikutan ada pihak berpendapat pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Rahman mengenai isu dalaman UMNO memperlihatkan parti itu kini berpecah kepada dua kem. Satu daripada kem itu dikatakan menyokong Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi dan satu lagi kem menyokong kepemimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Bagaimanapun, Ismail Sabri hari ini menafikan dakwaan wujud dua kem dalam kepemimpinan parti berkenaan dan menegaskan hanya…

Read More

Tindakan segera cegah cacar monyet

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa tindakan “segera” bagi mencegah penularan cacar monyet di Eropah, yang jumlah kes meningkat tiga kali ganda di sana sejak dua minggu lalu. Pengarah Serantau WHO bagi Eropah, Hans Henri Kluge berkata, langkah itu bagi mencegah cacar monyet daripada terus bertapak di kawasan geografi lebih besar, Sejak awal bulan Mei, lonjakan kes cacar monyet dikesan di luar negara-negara Afrika Barat dan Afrika Tengah, di mana penyakit itu wujud sebagai endemik. Sembilan puluh peratus daripada semua kes yang disahkan di makmal berdaftar di seluruh dunia –…

Read More

SFA tarik balik kek pisang Malaysia

SINGAPURA 2 Julai – Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan supaya kek pisang Goods dari Malaysia ditarik balik selepas didapati mengandungi paras bahan pengawet berlebihan dalam produk itu. Agensi itu mengesan kewujudan asid sorbik dalam kek itu, pada paras yang melebihi had maksimum bagi bahan tersebut seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan Singapura. SFA dalam kenyataannya berkata, usaha menarik balik itu adalah sebagai langkah berwaspada. Kek tersebut, yang diimport oleh Goods Huat Hee Marketing, mempunyai tarikh guna sebelum 30 Ogos 2022 dan negara asal produk itu adalah Malaysia. Menurut agensi itu,…

Read More