Kadar penuaan Asia Pasifik tinggi

BANGKOK 2 Julai –  Kadar penuaan penduduk Asia Pasifik lebih tinggi berbanding rantau lain di mana kira-kira 630 juta orang berumur 60 tahun ke atas, mewakili 60 peratus warga emas dunia.

Menurut Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (ESCAP), menjelang 2050, jumlah itu diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

Majoriti mereka yang lebih tua adalah wanita; merangkumi 61 peratus dan berumur 80 tahun ke atas.

Warga emas di rantau ini juga berdepan dengan ketidakadilan dan terkesan dengan pelbagai isu yang timbul termasuk ketidaktentuan geopolitik, pandemik Covid-19, perubahan iklim dan transformasi digital.

Justeru Setiausaha Eksekutif ESCAP, Armida Salsiah Alisjahbana berkata langkah konkrit perlu diambil untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin kepada warga emas serta dapat menyumbang kepada masyarakat.

“Kita mesti melihat dalam ruang lingkup yang lebih luas dengan mengiktiraf mereka sebagai agen pembangunan,” katanya.

Related posts

Leave a Comment