Tindakan segera cegah cacar monyet

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa tindakan “segera” bagi mencegah penularan cacar monyet di Eropah, yang jumlah kes meningkat tiga kali ganda di sana sejak dua minggu lalu.

Pengarah Serantau WHO bagi Eropah, Hans Henri Kluge berkata, langkah itu bagi mencegah cacar monyet daripada terus bertapak di kawasan geografi lebih besar,

Sejak awal bulan Mei, lonjakan kes cacar monyet dikesan di luar negara-negara Afrika Barat dan Afrika Tengah, di mana penyakit itu wujud sebagai endemik.

Sembilan puluh peratus daripada semua kes yang disahkan di makmal berdaftar di seluruh dunia – atau 4,500 jangkitan – adalah di Eropah.

Kluge berkata Eropah kekal menjadi pusat penularan yang kian meluas dan risiko kekal tinggi.

Buat masa ini, WHO tidak menyifatkan penularan itu sebagai kecemasan kesihatan awam yang menjadi keprihatinan antarabangsa tetapi akan menyemaknya tidak lama lagi.

Kebanyakan jangkitan cacar monyet setakat ini disaksikan dalam kalangan lelaki yang mengadakan hubungan sejenis, dalam kalangan anak muda, terutamanya di kawasan bandar.

Ia sedang menyiasat kemungkinan kes-kes penularan melalui hubungan seks tetapi menyatakan penyakit itu sebahagian besarnya menular melalui kontak rapat.

Related posts

Leave a Comment