Thailand catat 2,508 kes baharu

BANGKOK 2 Julai – Thailand merekodkan 2,508 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menunjukkan peningkatan berbanding 2,354 yang dilaporkan pada Jumaat.

Dalam tempoh yang sama 17 lagi dilaporkan meninggal dunia

Jumlah kes baharu itu tidak termasuk 3,489 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 5,997 kes.

Berikutan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 4,527,777 dengan jumlah kematian 30,681.

Setakat Jumaat, sebanyak 24,723 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,149 di hospital, 1,134 di hospital lapangan atau kemudahan hospital dan

13,428 di rumah atau pengasingan komuniti.

Daripada jumlah kes di hospital, sebanyak 675 dalam keadaaan kritikal dan 288 bergantung kepada bantuan ventilator.

Dalam tempoh 24 jam juga, 1,883 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4,472,373 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment