SFA tarik balik kek pisang Malaysia

SINGAPURA 2 Julai – Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan supaya kek pisang Goods dari Malaysia ditarik balik selepas didapati mengandungi paras bahan pengawet berlebihan dalam produk itu.

Agensi itu mengesan kewujudan asid sorbik dalam kek itu, pada paras yang melebihi had maksimum bagi bahan tersebut seperti yang dinyatakan dalam Peraturan Makanan Singapura.

SFA dalam kenyataannya berkata, usaha menarik balik itu adalah sebagai langkah berwaspada.

Kek tersebut, yang diimport oleh Goods Huat Hee Marketing, mempunyai tarikh guna sebelum 30 Ogos 2022 dan negara asal produk itu adalah Malaysia.

Menurut agensi itu, asid sorbik adalah bahan tambahan makanan yang dibenarkan, yang digunakan bagi tujuan mengawet dan pengambilan produk terjejas itu tidak mungkin memberi sebarang kesan buruk kepada kesihatan disebabkan paras toksik yang rendah.

Mereka yang sudah memakan produk terjejas itu dan prihatin mengenai kesihatan boleh  mendapatkan nasihat perubatan.

Related posts

Leave a Comment