7,952 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 2 Julai – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,952 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,461,107 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 7,639‬‬ adalah jangkitan tempatan dan 313 ‬kes import manakala satu kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 1,416 orang meninggal dunia.

Sebanyak 7,187 adalah kes Protokol 2, iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 6,906 kes tempatan dan 281 kes import manakala 765‬‬‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 733 adalah jangkitan tempatan, manakala 32 adalah kes import.

Seramai 559 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 516 semalam di mana 64 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 11 dipantau rapi di ICU manakala 9,136 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Sementara itu kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.55, turun sedikit berbanding 1.60 semalam, yang menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin meningkat.

Bagi program vaksinasi pula, setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional di mana 93 peratus menerima satu dos, 92 peratus lengkap dua dos dan 78 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment