Jumlah kes baharu Thailand 2,569

BANGKOK 29 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 di Thailand kembali ke angka 2,000 apabila merekodkan 2,569 kes berbanding 1,761 yang dilaporkan semalam. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), pada masa sama, 14 lagi meninggal dunia berbanding 13 kematian yang direkodkan sehari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,520,220 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 30,634 orang. CCSA menjelaskan, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 5,090 keputusan positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada 7,659 kes. Setakat tengah malam Selasa, sebanyak 23,029 orang mendapatkan rawatan Covid-19…

Read More

Hari Raya Aidiladha pada Ahad

KUALA LUMPUR 29 Jun – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini. Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman , selepas aktiviti cerapan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1443 Hijrah ialah pada Jumaat, 1 Julai 2022.…

Read More

Jokowi tinjau kesan perang di Ukraine

“BANDAR Irpin, Ukraine. Di belakang saya ialah Pangsapuri Lipky yang telah dimusnahkan dalam peperangan. Dinding dan bumbung tercabut oleh peluru,” tulis Presiden Joko Widodo melalui Facebooknya. Jokowi diiringi Datuk Bandar Irpin Alexander Grigorovich Markushin “Saya melihat secara langsung kerosakan rumah dan infrastruktur yang disebabkan oleh perang. “Semoga perang ini dapat dihentikan segera dan tiada lagi bandar di Ukraine yang dimusnahkan,” katanya. Jokowi dan rombongan turut melawat hospital di pusat bandar Kyiv yang menjaga mangsa perang. Pada kesempatan itu, Wanita Pertama menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada Pusat Pembedahan Saintifik dan Endokrin, Transplant…

Read More

Saranan baharu ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 29 Jun – Golongan kurang daya tahan imun sederhana hingga teruk berumur antara lima dan 11 tahun serta antara 12 dan 17 tahun dicadangkan menerima dos ketiga vaksin Covid-19 bagi melengkapkan vaksinasi primer tiga dos. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, prosedur atau mekanisme bagi pelaksanaan dos ketiga serta dos penggalak pertama bagi remaja akan dimuktamadkan dan dimaklumkan dalam masa terdekat. Keputusan itu dicadangkan Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) bagi vaksin Covid-19 dan  cadangan dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi Menurutnya TWG mengesyorkan…

Read More

Jenazah boleh dimandi, kafan

PUTRAJAYA 29 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan jenazah Islam yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga, kata Menterinya Khairy Jamaluddin. Beliau berkata urusan mandi dan kafan akan dilakukan oleh pengendali jenazah yang terlatih di hospital dengan pemakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap dan bersesuaian serta mengelakkan aktiviti yang berunsur prosedur penjanaan aerosol (AGP). Katanya, hanya dua orang waris dengan status vaksinasi lengkap serta memakai PPE yang lengkap dibenarkan membantu urusan memandikan dan mengafankan jenazah di hospital. “KKM ingin memaklumkan tatacara pengurusan jenazah Islam dan…

Read More

12 penuntut terima biasiswa YDPA

KUALA LUMPUR 29 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) kepada 12 penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT), di Istana Negara di sini, hari ini. Lapan penerima biasiswa ialah bagi pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) manakala empat di peringkat sarjana. Dua penerima akan melanjutkan pengajian di luar negara manakala 10 lagi telah dan akan melanjutkan pengajian di universiti penyelidikan dalam negara tahun ini. Penuntut menerima biasiswa di peringkat PhD ialah RK. Tharini, 24, yang melanjutkan pelajaran dalam Sains Genetik…

Read More

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi

PUTRAJAYA 29 Jun – Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau memberitahu, pasukan khas yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa, berperanan mengumpulkan semua maklumat daripada kementerian, agensi dan orang ramai bagi merangka strategi serta mengkoordinasi tindakan menyelesaikan isu-isu berkaitan inflasi khususnya mengawal kenaikan harga barang dengan lebih efisien dan berkesan. Pasukan khas ini akan berfungsi sebagaimana pasukan menguruskan pandemik Covid-19, dengan mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali seminggu iaitu pada…

Read More

Harga siling ayam RM9.40 sekilogram

PUTRAJAYA 29 Jun – Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia mulai Jumaat ini. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dr Ronald Kiandee, berkata Jemaah Menteri turut bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, Gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji). Ronald berkata penetapan harga ayam standard dan telur ayam itu membabitkan Semenanjung. Kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling…

Read More

Jokowi tiba di Ukraine

SELEPAS menempuh perjalanan selama kurang lebih 11 jam, kereta api khas yang membawa Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dan Ibu Iriana Jokowi tiba di Platform 1 Stesen Central Kyiv, Ukraine pada Rabu (29/06/2022), sekitar pukul 08.50 waktu tempatan. Ketibaan Presiden dan Ibu Iriana disambut Timbalan Menteri Luar Negeri Ukraine Dmytro Senik, Ketua Suruhanjaya Perhubungan Antara Kerajaan Ukraine-Indonesia Taras Kachka, dan pegawai Kedutaan Kyiv. Di samping beberapa lawatan dan kunjungan, Jokowi akan menemui Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy di Istana Maryinsky. Sebelum itu, Jokowi berlepas dari platform 4 Stesen Przemysl Glowny di…

Read More

Pakar saran Indonesia perketat sekatan

JAKARTA 29 Jun – Pakar kesihatan menyarankan Indonesia menguatkuasakan sekatan Covid-19 dengan lebih ketat susulan amaran bakal berlaku gelombang penularan varian Omicron pada minggu kedua atau ketiga Julai ini. Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin, menjangkakan situasi itu berdasarkan corak asas penularan di Afrika Selatan yang juga negara pertama melaporkan kemunculan subvarian Omicron iaitu BA.4 dan BA.5. Sekiranya kadar penularan sama berlaku di Indonesia, beliau menganggarkan negara itu akan merekodkan sekitar 17,000 atau 18,000 kes harian semasa bagi tempoh puncak sebelum gelombang kembali mendatar. “Tetapi angka kemasukan ke hospital dan kematian…

Read More