Ambil peluang kemelut UMNO

JOHOR BAHRU 30 Jun – Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil peluang mengukuh kedudukan dan menarik sokongan rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) berikutan keadaan UMNO yang kini berpecah-belah. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata ketika ini peluang terbuka kepada parti pembangkang termasuk PH untuk mengatur langkah dan strategi bagi menghadapi PRU-15. “PH boleh sahaja jadi penonton, bersorak-sorai ketawa terbahak-bahak melihat keadaan UMNO. Namun PH perlu mengambil inisiatif menggembleng kekuatan positif yang masih ada dalam kalangan parti pembangkang dengan menyaring dan menyisih elemen-elemen negatif dalam kalangan…

Read More

Aidiladha di Saudi 9 Julai

RIYADH: Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Aidiladha pada 9 Julai, selepas anak bulan dapat dilihat di Balai Cerap Tamir, di sini. Menurut kenyataan Mahkamah Agung negara itu, Hari Arafah yang juga kemuncak ibadah haji ditetapkan pada Jumaat (8 Julai), lapor agensi berita Saudi Gazette. Hari Arafah adalah waktu bagi jemaah haji melaksanakan wukuf di Arafah, mulai dari terbenamnya matahari (waktu zuhur) pada tanggal 9 Zulhijjah sampai fajar terbit pada tanggal 10 Zulhijah. Bagi umat Islam yang tidak melaksanakan haji, disunatkan untuk melaksanakan Puasa Arafah tanggal 9 Zulhijah.

Read More

2,605 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 30 Jun – Lima kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam (Rabu) berbanding empat pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia setakat ini 35,763 orang. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada lima kematian itu, satu melibatkan kes di luar fasiliti hospital, ‘brought-in-dead'(BID). Sementara itu, kes baharu meningkat kepada 2,605 termasuk tiga kes import berbanding 2,025 kes kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,563,188 orang. Manakala kes aktif Covid-19 dalam negara ketika ini adalah sebanyak 28,714 di mana 27,465 individu atau 95.7 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala…

Read More

Denda SAR10,000 haji tanpa permit

ARAB Saudi mengumumkan kadar denda sehingga SAR 10,000 bagi sesiapa  yang cuba menunaikan haji tanpa permit, demikian lapor agensi media Arab Saudi (SPA). Menurut laporan itu, pasukan keselamatan ditempatkan di semua kawasan serta laluan ke Tanah Suci bagi memastikan pematuhan peraturan semasa musim haji. Laporan itu juga menyebut, pasukan keselamatan turutbmenahan 19 orang kerana penipuan iklan perkhidmatan haji seperti melakukan ibadah itu bagi pihak orang lain. Iklan di media sosial itu turut menawarkan urusan menyedia dan mengagihkan korban dan mengatur pengangkutan. Tahun ini Arab Saudi membenarkan satu juta jemaah haji…

Read More

Jokowi bertemu Presiden Ukraine

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo tiba di Istana Maryinsky pukul 3 petang waktu tempatan dan disambut oleh Presiden Ukraina Volodymyr Zelenskyy di pintu masuk istana. “Di meja bundar kecil ini, saya dan Presiden Zelenskyy berbincang di Istana Maryinsky, Kyiv,” kata Jokowi dalam catatan di Facebooknya. Beliau berkata, perjalanan ke ibu kota Ukraine dan bertemu Presiden Zelenskyy semata-mata untuk membawa misi perdamaian berikutan perang Rusia-Ukraine.

Read More

Larangan merokok diperluas

SINGAPURA 29 Jun – Mulai 1 Julai ini, larangan merokok akan dikuatkuasakan di lebih banyak tempat di Singapura yang meliputi semua taman awam dan 10 pantai termasuk di East Coast dan West Coast serta ketiga-tiga pantai di Sentosa. Menurut laporan media Singapura, larangan itu juga akan dikuatkuasakan di kawasan-kawasan dalam Program Air Aktif, Indah, Bersih atau Air ABC, termasuk dua paya terapung di Lorong Halus dan Sengkang serta Sungai Kallang. Bagi membantu para perokok menyesuaikan diri, beberapa zon khas untuk merokok akan disediakan berdekatan pantai-pantai Sentosa dan beberapa taman yang…

Read More

9,392 kes baharu Singapura

SINGAPURA 29 Jun –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,392 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, menunjukkan penurunan berbanding lonjakan yang berlaku semalam iaitu sebanyak 11,504 kes. Jumlah kes baharu itu melibatkan 8,789‬ jangkitan tempatan dan 603 kes import di samping satu kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak pandemik melanda adalah sebanyak 1,434,563 dengan jumlah kumulatif yang meninggal dunia pula adalah 1,411 orang. Menurut MoH sebanyak 8,643 adalah kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh…

Read More

Santapan malam di Istana Negara

KUALA LUMPUR 29 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-259 di Istana Negara di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut berangkat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris…

Read More