Jokowi tiba di Ukraine

SELEPAS menempuh perjalanan selama kurang lebih 11 jam, kereta api khas yang membawa Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dan Ibu Iriana Jokowi tiba di

Platform 1 Stesen Central Kyiv, Ukraine pada Rabu (29/06/2022), sekitar pukul 08.50 waktu tempatan.

Ketibaan Presiden dan Ibu Iriana disambut Timbalan Menteri Luar Negeri Ukraine Dmytro Senik, Ketua Suruhanjaya Perhubungan Antara Kerajaan Ukraine-Indonesia Taras Kachka, dan pegawai Kedutaan Kyiv.

Di samping beberapa lawatan dan kunjungan, Jokowi akan menemui

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy di Istana Maryinsky.

Sebelum itu, Jokowi berlepas dari platform 4 Stesen Przemysl Glowny di bandar Przmysl, Poland, di mana beliau serta rombongan menaiki kereta api khas yang berlepas ke Kyiv di Ukraine tepat pukul 21:15 waktu tempatan, Selasa, 28 Jun 2022

Kereta api khas ini disediakan oleh Kerajaan Ukraine untuk digunakan oleh pemimpin negara yang melawat Ukraine suatu ketika dahulu.

Foto:BPMI 

Related posts

Leave a Comment