Jumlah kes baharu Thailand 2,569

BANGKOK 29 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 di Thailand kembali ke angka 2,000 apabila merekodkan 2,569 kes berbanding 1,761 yang dilaporkan semalam.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), pada masa sama, 14 lagi meninggal dunia berbanding 13 kematian yang direkodkan sehari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,520,220 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 30,634 orang.

CCSA menjelaskan, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 5,090 keputusan positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada 7,659 kes.

Setakat tengah malam Selasa, sebanyak 23,029 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,553 di hospital, 1,203 di kemudahan hospital dan 11,242 di rumah atau pusat pengasingan komuniti.

Bagi kes di hospital, sebanyak 665 kes dalam keadaan kritikal dan 300 bergantung kepada bantuan ventilator manakala 1,984 pesakit dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan 4,466,557 orang pulih.

Menurut CCSA, sebanyak 14 orang yang dilaporkan meninggal dunia adalah yang berumur antara lapan tahun ke 86 tahun.

Sementara itu kadar vaksinasi pula adalah sebanyak 139,682,145.

Related posts

Leave a Comment