Santapan malam di Istana Negara

KUALA LUMPUR 29 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-259 di Istana Negara di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut berangkat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim serta kerabat Diraja turut sama berangkat ke majlis santapan itu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Turut sama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Related posts

Leave a Comment