Aidiladha di Saudi 9 Julai

RIYADH: Umat Islam di Arab Saudi akan menyambut Aidiladha pada 9 Julai, selepas anak bulan dapat dilihat di Balai Cerap Tamir, di sini.

Menurut kenyataan Mahkamah Agung negara itu, Hari Arafah yang juga kemuncak ibadah haji ditetapkan pada Jumaat (8 Julai), lapor agensi berita Saudi Gazette.

Hari Arafah adalah waktu bagi jemaah haji melaksanakan wukuf di Arafah, mulai dari terbenamnya matahari (waktu zuhur) pada tanggal 9 Zulhijjah sampai fajar terbit pada tanggal 10 Zulhijah.

Bagi umat Islam yang tidak melaksanakan haji, disunatkan untuk melaksanakan Puasa Arafah tanggal 9 Zulhijah.

Related posts

Leave a Comment