Larangan merokok diperluas

SINGAPURA 29 Jun – Mulai 1 Julai ini, larangan merokok akan dikuatkuasakan di lebih banyak tempat di Singapura yang meliputi semua taman awam dan 10 pantai termasuk di East Coast dan West Coast serta ketiga-tiga pantai di Sentosa.

Menurut laporan media Singapura, larangan itu juga akan dikuatkuasakan di kawasan-kawasan dalam Program Air Aktif, Indah, Bersih atau Air ABC, termasuk dua paya terapung di Lorong Halus dan Sengkang serta Sungai Kallang.

Bagi membantu para perokok menyesuaikan diri, beberapa zon khas untuk merokok akan disediakan berdekatan pantai-pantai Sentosa dan beberapa taman yang besar.

Mereka yang didapati merokok di tempat-tempat larangan baharu itu akan diberikan amaran dalam tempoh tiga bulan pertama dan mulai Oktober pula, pesalah boleh disaman sehingga $1,000.

Pada masa ini, merokok dilarang di 49,000 tempat di Singapura seperti taman kejiranan, kolam air dan hutan simpanan.

Related posts

Leave a Comment