Denda SAR10,000 haji tanpa permit

ARAB Saudi mengumumkan kadar denda sehingga SAR 10,000 bagi sesiapa  yang cuba menunaikan haji tanpa permit, demikian lapor agensi media Arab Saudi (SPA).

Menurut laporan itu, pasukan keselamatan ditempatkan di semua kawasan serta laluan ke Tanah Suci bagi memastikan pematuhan peraturan semasa musim haji.

Laporan itu juga menyebut, pasukan keselamatan turutbmenahan 19 orang kerana penipuan iklan perkhidmatan haji seperti melakukan ibadah itu bagi pihak orang lain.

Iklan di media sosial itu turut menawarkan urusan menyedia dan mengagihkan korban dan mengatur pengangkutan.

Tahun ini Arab Saudi membenarkan satu juta jemaah haji dari dalam dan luar negara untuk menunaikan ibadah itu selepas dua tahun jumlah jemaah dihadkan.

Related posts

Leave a Comment