9,392 kes baharu Singapura

SINGAPURA 29 Jun –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,392 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, menunjukkan penurunan berbanding lonjakan yang berlaku semalam iaitu sebanyak 11,504 kes.

Jumlah kes baharu itu melibatkan 8,789‬ jangkitan tempatan dan 603 kes import di samping satu kematian.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak pandemik melanda adalah sebanyak 1,434,563 dengan jumlah kumulatif yang meninggal dunia pula adalah 1,411 orang.

Menurut MoH sebanyak 8,643 adalah kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia terdiri daripada 8,075 kes tempatan dan 568 kes import dan 749‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 714 adalah jangkitan tempatan, manakala 35 adalah kes import.

MoH juga memaklumkan, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.65, naik sedikit berbanding 1.62 semalam.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya di mana kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin meningkat.

Sementara itu, sebanyak 455 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 437 semalam di mana 46 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan tujuh dipantau rapi di ICU manakala 5,169 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat 28 Jun, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Sebanyak 93 peratus menerima satu dos, 92 peratus lengkap dua dos dan 78 peratus mendapatkan dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment