Bersatu sertai pilihan raya Melaka

PETALING JAYA 26 Okt. – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRu DN) Melaka, dengan pengumuman lanjut mengenai persiapan parti itu dijadualkan pada 29 Oktober ini. Presidennya, Muhyiddin Yassin berkata, keputusan untuk menyertai pilihan raya itu sudah dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berlangsung pada Isnin malam. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kerusi dan kawasan yang bakal ditandingi Menurut Muhyiddin, terdapat beberapa perkara berkaitan kerusi yang akan ditandingi masih perlu diperhalusi dan dijangka diselesaikan dalam tempoh satu atau dua…

Read More

Johari kecewa tindakan Takiyuddin

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Yang Dipertua Dewan Rakyat  Johari Abdul kecewa dengan tindakan  Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang mendedahkan permohonan mediasi kepada umum tanpa menunggu maklum balas beliau. Menurut Johari, beliau sudah memberikan tempoh sehingga Khamis lalu kepada Takiyuddin untuk menarik balik kenyataan kontroversi berhubung penggunaan perkataan “munafik”, susulan aduan dikemukakan RSN Rayer (PH-Jelutong). Bagaimanapun, Takiyuddin kemudian menghantar surat dan memaklumkan bahawa beliau enggan menarik balik kenyataannya serta mencadangkan mediasi membabitkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Rayer dan dirinya. Katanya, surat berkenaan diterima pukul 5 petang hari sama, namun beliau…

Read More

SG4 ‘gergasi tidur’ sedia bangkit

KUALA LUMPUR 26 Okt.  – Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis yang dikuasai Perikatan Nasional (PN) atau SG4 disifatkan sebagai ‘gergasi tidur’ yang sedia bangkit dan menggegar landskap ekonomi negara jika semua potensi serta sumber diperkasakan sepenuhnya. Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, gabungan kerajaan empat negeri itu mempunyai kekuatan tersendiri dengan populasi melebihi 5.7 juta penduduk serta keluasan tanah merangkumi lebih 38,000 kilometer persegi. Sejak SG4 diilhamkan dan direalisasikan, pemimpin negeri ini semakin sedar potensi mereka miliki serta sejauh mana jangkauan boleh dicapai. “Sekiranya empat negeri ini dapat menyatukan…

Read More

Akmal sedia tarik diri jika beban kepada parti

BUKIT MERTAJAM 26 Okt. – Ketua Pemuda UMNO,  Dr Akmal Saleh, sedia menarik diri daripada mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka 14 November ini, jika kes mahkamah dihadapinya di sini menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN). Beliau berkata, pendirian itu dinyatakan secara terbuka kepada Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO,  Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan mengutamakan peluang BN berkhidmat kepada rakyat berbanding cita-cita peribadi. “Jika kes ini menjadi sesuatu yang boleh mencemarkan nama parti, saya sudah berterus terang kepada Presiden UMNO bahawa saya…

Read More

Lapangan terbang Riyadh diserang lagi

RIYADH – Beberapa jam selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan penerbangan disambung semula semalam, puak Houthi di Yaman melancarkan serangan terbaharu ke atas lapangan terbang antarabangsa di Riyadh. Operasi yang disambung semula di lapangan terbang itu berlaku ketika satu kes letupan menggegarkan Riyadh pada awal Ahad, selepas mesej teks dihantar kepada penduduk bagi memberi amaran mengenai ancaman musuh yang menyasarkan bandar berkenaan. Laman sesawang Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid menunjukkan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa diteruskan pada Ahad, termasuk penerbangan yang tiba dari Dubai, Paris dan Kaherah. Sementara laman web penjejakan…

Read More

Trump ‘serang’ calon Senat Demokrat

MICHIGAN – Presiden Donald Trump meningkatkan serangannya terhadap Abdul El-Sayed dengan mendakwa calon Senat Demokrat kepada golongan radikal dalam satu perhimpunan kempen di Michigan pada Ahad. Beliau hadir pada kempen di Port Huron menjelang pilihan raya pertengahan penggal yang dijadualkan berlangsung pada 3 November. Presiden Amerika Syarikat (AS) itu hadir sehari selepas bekas Presiden Barack Obama berkempen untuk Demokrat di Michigan, sekali gus menonjolkan kepentingan negeri berkenaan dalam pilihan raya akan datang. Berucap di hadapan penyokongnya, Trump berkata, beliau mahu menghalang “anggota Ikhwanul Muslimin” daripada menjadi senator, sambil mendakwa Demokrat…

Read More