Denda SAR10,000 haji tanpa permit

ARAB Saudi mengumumkan kadar denda sehingga SAR 10,000 bagi sesiapa  yang cuba menunaikan haji tanpa permit, demikian lapor agensi media Arab Saudi (SPA). Menurut laporan itu, pasukan keselamatan ditempatkan di semua kawasan serta laluan ke Tanah Suci bagi memastikan pematuhan peraturan semasa musim haji. Laporan itu juga menyebut, pasukan keselamatan turutbmenahan 19 orang kerana penipuan iklan perkhidmatan haji seperti melakukan ibadah itu bagi pihak orang lain. Iklan di media sosial itu turut menawarkan urusan menyedia dan mengagihkan korban dan mengatur pengangkutan. Tahun ini Arab Saudi membenarkan satu juta jemaah haji…

Read More

Jokowi bertemu Presiden Ukraine

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo tiba di Istana Maryinsky pukul 3 petang waktu tempatan dan disambut oleh Presiden Ukraina Volodymyr Zelenskyy di pintu masuk istana. “Di meja bundar kecil ini, saya dan Presiden Zelenskyy berbincang di Istana Maryinsky, Kyiv,” kata Jokowi dalam catatan di Facebooknya. Beliau berkata, perjalanan ke ibu kota Ukraine dan bertemu Presiden Zelenskyy semata-mata untuk membawa misi perdamaian berikutan perang Rusia-Ukraine.

Read More

Larangan merokok diperluas

SINGAPURA 29 Jun – Mulai 1 Julai ini, larangan merokok akan dikuatkuasakan di lebih banyak tempat di Singapura yang meliputi semua taman awam dan 10 pantai termasuk di East Coast dan West Coast serta ketiga-tiga pantai di Sentosa. Menurut laporan media Singapura, larangan itu juga akan dikuatkuasakan di kawasan-kawasan dalam Program Air Aktif, Indah, Bersih atau Air ABC, termasuk dua paya terapung di Lorong Halus dan Sengkang serta Sungai Kallang. Bagi membantu para perokok menyesuaikan diri, beberapa zon khas untuk merokok akan disediakan berdekatan pantai-pantai Sentosa dan beberapa taman yang…

Read More

9,392 kes baharu Singapura

SINGAPURA 29 Jun –  Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,392 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini, menunjukkan penurunan berbanding lonjakan yang berlaku semalam iaitu sebanyak 11,504 kes. Jumlah kes baharu itu melibatkan 8,789‬ jangkitan tempatan dan 603 kes import di samping satu kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan sejak pandemik melanda adalah sebanyak 1,434,563 dengan jumlah kumulatif yang meninggal dunia pula adalah 1,411 orang. Menurut MoH sebanyak 8,643 adalah kes baharu Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh…

Read More

Santapan malam di Istana Negara

KUALA LUMPUR 29 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-259 di Istana Negara di sini. Keberangkatan tiba Seri Paduka diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Turut berangkat Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris…

Read More

Jumlah kes baharu Thailand 2,569

BANGKOK 29 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 di Thailand kembali ke angka 2,000 apabila merekodkan 2,569 kes berbanding 1,761 yang dilaporkan semalam. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), pada masa sama, 14 lagi meninggal dunia berbanding 13 kematian yang direkodkan sehari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,520,220 kes dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 30,634 orang. CCSA menjelaskan, jumlah kes baharu itu tidak termasuk 5,090 keputusan positif hasil ujian antigen yang jika digabungkan membawa kepada 7,659 kes. Setakat tengah malam Selasa, sebanyak 23,029 orang mendapatkan rawatan Covid-19…

Read More

Hari Raya Aidiladha pada Ahad

KUALA LUMPUR 29 Jun – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad, 10 Julai susulan tarikh 1 Zulhijjah 1443 jatuh pada Jumaat ini. Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman , selepas aktiviti cerapan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1443 Hijrah ialah pada Jumaat, 1 Julai 2022.…

Read More

Jokowi tinjau kesan perang di Ukraine

“BANDAR Irpin, Ukraine. Di belakang saya ialah Pangsapuri Lipky yang telah dimusnahkan dalam peperangan. Dinding dan bumbung tercabut oleh peluru,” tulis Presiden Joko Widodo melalui Facebooknya. Jokowi diiringi Datuk Bandar Irpin Alexander Grigorovich Markushin “Saya melihat secara langsung kerosakan rumah dan infrastruktur yang disebabkan oleh perang. “Semoga perang ini dapat dihentikan segera dan tiada lagi bandar di Ukraine yang dimusnahkan,” katanya. Jokowi dan rombongan turut melawat hospital di pusat bandar Kyiv yang menjaga mangsa perang. Pada kesempatan itu, Wanita Pertama menyerahkan bantuan kemanusiaan kepada Pusat Pembedahan Saintifik dan Endokrin, Transplant…

Read More

Saranan baharu ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 29 Jun – Golongan kurang daya tahan imun sederhana hingga teruk berumur antara lima dan 11 tahun serta antara 12 dan 17 tahun dicadangkan menerima dos ketiga vaksin Covid-19 bagi melengkapkan vaksinasi primer tiga dos. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, prosedur atau mekanisme bagi pelaksanaan dos ketiga serta dos penggalak pertama bagi remaja akan dimuktamadkan dan dimaklumkan dalam masa terdekat. Keputusan itu dicadangkan Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) bagi vaksin Covid-19 dan  cadangan dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi Menurutnya TWG mengesyorkan…

Read More

Jenazah boleh dimandi, kafan

PUTRAJAYA 29 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan jenazah Islam yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga, kata Menterinya Khairy Jamaluddin. Beliau berkata urusan mandi dan kafan akan dilakukan oleh pengendali jenazah yang terlatih di hospital dengan pemakaian peralatan pelindung diri (PPE) lengkap dan bersesuaian serta mengelakkan aktiviti yang berunsur prosedur penjanaan aerosol (AGP). Katanya, hanya dua orang waris dengan status vaksinasi lengkap serta memakai PPE yang lengkap dibenarkan membantu urusan memandikan dan mengafankan jenazah di hospital. “KKM ingin memaklumkan tatacara pengurusan jenazah Islam dan…

Read More