Lonjakan kes Covid-19 di Singapura

SINGAPURA 28 Jun – Jumlah kes harian jangkitan Covid-19 di Singapura melonjak  apabila (MoH) merekodkan 11,504 kes baharu setakat 12 tengah hari Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,425,171. Jumlah kes baharu itu meningkat lebih sekali ganda kes jangkitan yang dilaporkan semalam, Isnin iaitu sebanyak 5,309. Dalam satu kenyataan malam ini, MoH menyatakan sebanyak 93 peratus kes yang dicatatkan terdiri daripada jangkitan tempatan iaitu 10,732‬‬ manakala 772 lagi adalah kes import. Satu kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,410 orang tekah meninggal dunia. Sebanyak 10,737 adalah kes Protokol 2,…

Read More

Jokowi bertemu pemimpin dunia

SEMPENA Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) di Jerman semalam, Presiden Indonesia Joko Widodo mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin dunia. Ini termasuk dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau. “Tahun ini kami memperingati 70 tahun hubungan diplomatik Indonesia-Kanada. Indonesia dan Kanada perlu terus menggalakkan semangat kerjasama dan semangat multilaterisme dalam menghadapi cabaran global,” kata Jokowi. Melalui catatan Facebooknya, Jokowi juga mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri British Boris Johnson. “Peta jalan untuk kerjasama bilateral ada, yang memudahkan untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara. Kami juga bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang…

Read More

Amaran gelombang baharu di Canberra

CANBERRA: Pihak berkuasa kesihatan Canberra memberi amaran mengenai gelombang baharu jangkitan Covid-19 di wilayah itu, demikian kata Menteri Kesihatan Ibu Negara Australia (ACT) Rachel Stephen-Smith. Memetik kenyataan Canberra Times, peningkatan kes dijangka berpotensi mencetuskan gelombang Covid-19 pada musim sejuk bermula Julai ini dan berlanjutan hingga Ogos. “Kami menyedari perkara itu dan kami terus memantau bilangan kes untuk melihat sama ada trajektori itu akan kekal,” katanya selepas ACT merekodkan kadar kemasukan baharu ke hospital akibat Covid-19. Seramai 121 orang yang dijangkiti virus Covid-19 kini menerima rawatan di hospital ACT, merupakan angka…

Read More

Johor catat peningkatan kes ILI, URTI

JOHOR BAHRU 28 Jun – Johor mencatatkan trend peningkatan kes dan wabak jangkitan saluran pernafasan, iaitu penyakit seperti influenza (ILI) dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata, sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus berbanding 557 kes bagi tempoh sama tahun lepas. Beliau berkata bilangan kluster wabak berkenaan yang dilaporkan hingga ME 25/2022 juga menunjukkan peningkatan, iaitu 11 kluster berbanding tujuh kluster bagi tempoh sama tahun lepas. Kebanyakan kluster yang dilaporkan…

Read More

1,761 kes baharu di Thailand

BANGKOK 28 Jun – Thailand hari ini merekodkan 1,761 kes baharu Covid-19 dengan 13 lagi kematian dalam tempoh 24 jam berbanding 1,735 kes dan 15 meninggal dunia pada hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, daripada 1,761 kes baharu itu, sebanyak 1,757 adalah jangkitan tempatan manakala empat kes lagi melibatkan ketibaan dari luar negara. Jumlah kes baharu itu juga tidak termasuk 2,151 keputusan positif hasil ujian antigen yang di,akukan yang jika digabungkan boleh membawa kepada 3,912 kes. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 4,517,651 dengan jumlah kematian…

Read More

Satu kes Kategori 5, tiga kes Kategori 4

BERAKAS 28 Jun – Brunei Darussalam merekodkan satu kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU), manakala tiga kes berada di dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), sebanyak 744 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 158,411 kes pulih. Mengenai liputan vaksinasi sebanyak 72.9 peratus daripada keseluruhan penduduk negara ini telah mendapatkan tiga dos vaksin Covid-19, manakala 14.9 peratus mendapatkan dos keempat. Sebanyak 74.0 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dua dos…

Read More

Warisan, Bersatu kini Bebas

KOTA KINABALU 28 Jun – Selepas tujuh bulan menyertai Bersatu, Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi, hari ini mengumumkan keluar daripada parti pimpinan bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu. Susulan tindakan itu, Mohamaddin yang juga bekas Menteri Pelancongan, dalam kenyataannya, mengumumkan beliau kini menjadi Ahli Parlimen Bebas tetapi dengan pendirian menyokong Kerajaan Persekutuan dan Sabah pada masa ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, Sabah, menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 atas tiket Warisan dan, bertindak keluar daripada parti itu pada 30 Oktober lalu. Pada 26…

Read More

Covid-19 Malaysia 4,558,558 kes

PUTRAJAYA 28 Jun – Lapan kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam berbanding hanya satu yang dilaporkan pada hari sebelumnya menjadikan jumlah keseluruhan 35,754 orang meninggal dunia setakat ini. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada lapan kematian, satu melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) iaitu di Pulau Pinang, sementara tiga kes di Johor dan masing-masing satu di Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor Sementara itu, sebanyak 1,894 kes harian dilaporkan semalam yang melibatkan 1,888 kes jangkitan tempatan dan enam kes import, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,558,558 kes. Manakala kes…

Read More