Jokowi bertemu pemimpin dunia

SEMPENA Sidang Kemuncak Kumpulan 7 (G7) di Jerman semalam, Presiden Indonesia Joko Widodo mengadakan mesyuarat dua hala dengan beberapa pemimpin dunia.

Ini termasuk dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

“Tahun ini kami memperingati 70 tahun hubungan diplomatik Indonesia-Kanada. Indonesia dan Kanada perlu terus menggalakkan semangat kerjasama dan semangat multilaterisme dalam menghadapi cabaran global,” kata Jokowi.

Melalui catatan Facebooknya, Jokowi juga mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri British Boris Johnson.

“Peta jalan untuk kerjasama bilateral ada, yang memudahkan untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua negara. Kami juga bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang tenaga baharu dan ketahanan makanan,” katanya.

Mesyuarat bilateral dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi juga berlangsung selepas sidang Kemuncak G7.

“Kami membincangkan usaha untuk mengukuhkan kerjasama makanan dan bersama-sama menyeru penyelesaian keamanan berkenaan situasi di Ukraine,” katanya.

Turut berlangsung mesyuarat bilateral dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron selepas sidang kemuncak G7.

“Saya mengucapkan penghargaan kepada usaha Presiden Macron untuk membawa keamanan ke Ukraine. Kami juga membincangkan usaha pengukuhan bilateral dalam industri ekonomi, pertahanan dan strategik,” katanya.

Related posts

Leave a Comment