Singapura catat 5,862 kes baharu

SINGAPURA 22 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,862 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 5,245 jangkitan tempatan dan 617 ‬‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,383,952 manakala jumlah kematian kekal 1,405 selepas tiada kes baharu direkodkan. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,389 adalah kes baharu Protokol 2, pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 5,245 kes tempatan dan 617 kes import manakala 473…

Read More

Fenomena kurang penduduk Terengganu

KUALA TERENGGANU 22 Jun – Terengganu tergolong dalam lima negeri di Malaysia yang mencatat kadar pertumbuhan tahunan penduduk paling rendah iaitu sekitar 1.3 peratus, kata Ketua Perangkawan Mohd Uzir Mahidin. Empat negeri lain ialah Melaka, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis. Menurut Mohd Uzir,  jumlah penduduk Terengganu pada 2020 ialah 1.15 juta orang, hanya mewakili tiga peratus daripada jumlah penduduk Malaysia seramai 32.4 juta orang. Terengganu mengalami fenomena kurang penduduk di mana penurunan pertumbuhan tahunan penduduk antaranya didorong oleh penghijrahan masyarakat ke luar untuk aktiviti ekonomi. “Bagaimanapun, dengan Pelan Induk…

Read More

DPAKM peruntuk RM800 juta

PUTRAJAYA 22 Jun – Kabinet hari ini bersetuju dengan pelaksanaan Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM) di bawah Agrobank membabitkan peruntukan RM800 juta bagi menjamin kesinambungan aktiviti pengeluaran makanan negara. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dr Ronald Kiandee, berkata  DPAKM ini akan menawarkan kemudahan pembiayaan yang khusus mengikut agihan pembiayaan. Ia meliputi RM300 juta bagi ternakan ayam, ternakan ruminan iaitu lembu dan kambing (RM200 juta), tanaman sayur-sayuran (RM100 juta), usahawan mikro (RM100 juta), usahawan mikro baharu (RM50 juta) dan usahawan muda (RM50 juta). Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau berkata,…

Read More

Sultan Perak di Singapura

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong gembira dapat bertemu secara bersemuka dengan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selepas sempadan dibuka semula. Dalam catatan Facebooknya, Lee berkata kesempatan itu membuka ruang perbincangan mengenai perkembangan serantau dan kawasan di mana Singapura dan Perak boleh mengukuhkan kerjasama. Menurut Lee, kali terakhir bertemu Sultan Perak adalah pada 2019, ketika Tuanku Sultan melawat Singapura untuk Kejohanan Golf Universiti Malaya-NUS. (LEE Hsien Loong bersama Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Sultan Perak Nazrin Shah (dua dari kiri), Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu…

Read More

505 pesakit dilaporkan sembuh

BERAKAS 22 Jun – Mulai hari ini, Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam tidak akan melaporkan jumlah kes baharu Covid-19 dan kes aktif harian berikutan negara itu sudah menamatkan fasa awal endemik. Menurut kenyataan hari ini, sebanyak 505 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 154,392 pesakit pulih. Terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU), manakala satu kes berada di dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Mengenai vaksinasi pula, sebanyak 72.2 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dua…

Read More

Thailand catat 2,387 kes baharu

BANGKOK 22 Jun – Thailand merekodkan 2,387 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kematian 19 orang berbanding sebelumnya 1,714 kes dan 21 orang meninggal dunia. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes pada Selasa itu tidak termasuk 4,533 keputusan positif hasil ujian antigen. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,504,929 orang dengan jumlah kematian pula 30,525. Setakat Selasa, sebanyak 21,152 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,279 di hospital manakala 977 di kemudahan hospital dan 9,726 di pusat pengasingan masyarakat dan rumah. Di hospital terdapat 608…

Read More

Bazar Ramadhan catat jualan RM2.4 bilion

PUTRAJAYA 22 Jun – Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Penemuan itu adalah berdasarkan Laporan Kajian Khas Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2022 yang julung kali dijalankan DOSM bermula 3 April hingga 29 April lepas, meliputi semua bazar yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT). Ketua Perangkawan Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan hari ini berkata Selangor mendominasi nilai jualan bagi bazar Ramadan dan Aidilfitri dengan rekod jualan sebanyak RM0.6 bilion dengan…

Read More

Malaysia catat 106,477 kes HFMD

PUTRAJAYA 22 Jun – Malaysia mencatat 106,477 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sehingga minggu epidemiologi (ME) ke-24 iaitu pada 12 Jun sehingga 18 Jun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata jumlah itu adalah peningkatan 39 kali ganda kes berbanding jumlah kes bagi tempoh sama pada tahun lepas iaitu semasa pandemik Covid-19 dengan 2,710 kes.  “Jika dibandingkan dengan 31,500 kes bagi tempoh sama pada 2019 (sebelum pandemik Covid-19), ia menunjukkan peningkatan 3.4 kali ganda. Kes dilaporkan di seluruh negara bagi ME ke-24 adalah 10,556; menurun 19.3 peratus berbanding ME ke-23 iaitu 13,077 kes,”…

Read More

Dua kes disyaki cacar monyet

SEOUL 22 Jun – Korea Selatan hari ini mengumumkan dua kes pertama yang disyaki virus cacar monyet di negara itu dan ujian diagnostik sedang dijalankan. Ia melibatkan seorang warga asing yang dilaporkan menunjukkan gejala berpotensi sejak Ahad, memasuki Korea Selatan pada Isnin. Beliau kini sedang mendapatkan rawatan di katil pengasingan di sebuah hospital di bandar Busan. Seorang lagi individu, rakyat Korea yang menunjukkan simptom apabila memasuki negara itu dari Jerman pada petang Selasa, sudahpun dimasukkan ke Pusat Perubatan Incheon bagi mendapatkan rawatan. Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KDCA) dalam kenyataannya…

Read More