Dua kes disyaki cacar monyet

SEOUL 22 Jun – Korea Selatan hari ini mengumumkan dua kes pertama yang disyaki virus cacar monyet di negara itu dan ujian diagnostik sedang dijalankan.

Ia melibatkan seorang warga asing yang dilaporkan menunjukkan gejala berpotensi sejak Ahad, memasuki Korea Selatan pada Isnin. Beliau kini sedang mendapatkan rawatan di katil pengasingan di sebuah hospital di bandar Busan.

Seorang lagi individu, rakyat Korea yang menunjukkan simptom apabila memasuki negara itu dari Jerman pada petang Selasa, sudahpun dimasukkan ke Pusat Perubatan Incheon bagi mendapatkan rawatan.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KDCA) dalam kenyataannya bagaimanapun, tidak memberikan maklumat lanjut mengenai individu-individu itu.

Awal bulan ini, Korea Selatan menetapkan cacar monyet sebagai penyakit berjangkit tahap kedua, berdasarkan sistem empat peringkatnya, dengan 22 penyakit berjangkit termasuk Covid-19, kolera dan cacar air turut digolongkan dalam kategori yang sama.

Related posts

Leave a Comment