Thailand catat 2,387 kes baharu

BANGKOK 22 Jun – Thailand merekodkan 2,387 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kematian 19 orang berbanding sebelumnya 1,714 kes dan 21 orang meninggal dunia.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kes pada Selasa itu tidak termasuk 4,533 keputusan positif hasil ujian antigen.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,504,929 orang dengan jumlah kematian pula 30,525.

Setakat Selasa, sebanyak 21,152 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 10,279 di hospital manakala 977 di kemudahan hospital dan 9,726 di pusat pengasingan masyarakat dan rumah.

Di hospital terdapat 608 kes serius dan 290 pesakit bergantung kepada bantuan ventilator manakala 1,683 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

CCSA merekodkan sebanyak 19 kematian berumur antara 52 hingga 89 tahun.

Related posts

Leave a Comment