Sultan Perak di Singapura

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong gembira dapat bertemu secara bersemuka dengan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selepas sempadan dibuka semula.

Dalam catatan Facebooknya, Lee berkata kesempatan itu membuka ruang perbincangan mengenai perkembangan serantau dan kawasan di mana Singapura dan Perak boleh mengukuhkan kerjasama.

Menurut Lee, kali terakhir bertemu Sultan Perak adalah pada 2019, ketika Tuanku Sultan melawat Singapura untuk Kejohanan Golf Universiti Malaya-NUS.

(LEE Hsien Loong bersama Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Sultan Perak Nazrin Shah (dua dari kiri), Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak Mohd Annuar Zaini dan Menteri Luar Vivian Balakrishnan. / Foto Lim Sin Thai)

Related posts

Leave a Comment