505 pesakit dilaporkan sembuh

BERAKAS 22 Jun – Mulai hari ini, Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam tidak akan melaporkan jumlah kes baharu Covid-19 dan kes aktif harian berikutan negara itu sudah menamatkan fasa awal endemik.

Menurut kenyataan hari ini, sebanyak 505 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 154,392 pesakit pulih.

Terdapat satu kes dalam Kategori 5, iaitu memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU), manakala satu kes berada di dalam Kategori 4, iaitu memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Mengenai vaksinasi pula, sebanyak 72.2 peratus kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun mendapatkan dua dos vaksin Covid-19 manakala 72.5 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini mendapatkan dos ketiga vaksin.

Related posts

Leave a Comment