Singapura catat 5,862 kes baharu

SINGAPURA 22 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 5,862 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 5,245 jangkitan tempatan dan 617 ‬‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,383,952 manakala jumlah kematian kekal 1,405 selepas tiada kes baharu direkodkan.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 5,389 adalah kes baharu Protokol 2, pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 5,245 kes tempatan dan 617 kes import manakala 473 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 440 jangkitan tempatan, dan 33 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.3, naik sedikit berbanding 1.23 semalam. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Sementara itu, 322 pesakit masih dirawat di hospital berbanding 326 semalam di mana 30 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 12 dipantau rapi di ICU sementara 3,273 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, setakat Selasa 21 Jun, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional di mana 93 peratus menerima satu dos, 92 peratus lengkap dua dos dan 78 peratus disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment