Indonesia catat 1,220 kes baharu

JAKARTA 18 Jun – Sebanyak 1,264 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang terdiri daripada 1,220 kes tempatan manakala 44 lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,066,908. Kes sembuh pula adalah sebanyak 523 iaitu 518 tempatan dan lima import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,902,162 orang telah pulih. Untuk, kes aktif nasional atau pesakit Covid-19 bertambah 736 kes dan kumulatifnya 8,062 sementara lima kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 156,684. Disamping itu, pada perkembangan program vaksinasi penerima vaksin Covid-19 bertambah 35,392  dengan jumlah melebihi angka 201 juta…

Read More

3,782 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 18 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,782 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,456 jangkitan tempatan dan 326 ‬kes import. Ini menjadikan jumlah kes terkumpul sejak pandemik meningkat kepada 1,364,562 dengan jumlah kematian kekal pada 1,402. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,418 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Kes terdiri daripada 3,115 kes tempatan dan 303 kes import manakala 364 kes lagi…

Read More

Adibah Noor meninggal dunia

KUALA LUMPUR 18 Jun – Penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, 52, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, pukul 7.30 malam ini. Berita duka disahkan rakan artis, Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada AC Mizal menerusi laman Facebook. “Ya, betul arwah baru sahaja meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” katanya yang dalam perjalanan ke pusat perubatan swasta itu. Mengikut sumber, Allahyarham Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar menghidap kanser ovari dan kini berada pada tahap empat, namun, merahsiakannya. Selebriti dengan nama…

Read More

Gerakan tanding 35 Parlimen, 62 DUN

KUALA LUMPUR 18 Jun – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berhasrat bertanding 35 kerusi Parlimen dan 62 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya, Dr Dominic Lau Hoe Chai. Menurut beliau, Gerakan sudah menerima senarai kerusi itu daripada pengerusi perhubungan negeri yang menunjukkan hasrat bertanding pada PRU-15 akan datang. “Saya sudah mengarahkan pengerusi negeri mengadakan mesyuarat secepat mungkin dengan pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri masing-masing. “Ini supaya mereka dapat mencapai kata sepakat dan keputusan yang memberi kebaikan dan kejayaan kepada PN pada PRU-15,” katanya…

Read More

Warisan intai kerusi di enam negeri

IPOH 18 Jun – Walaupun tewas semua enam kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu, parti Warisan sedang mengenal pasti kerusi di sekurang-kurangnya enam negeri di Semenanjung untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15. Presidennya, Mohd Shafie Apdal, berkata selain Perak, Warisan juga berhasrat bertanding di Johor, Selangor, Kedah, Pulau Pinang serta Negeri Sembilan “Kita tidak akan bertanding semua kerusi, kita akan memilih lokasi yang bersesuaian yang kita yakin boleh menang dan ada potensi. Contohnya, kalau kerusi Parlimen itu kita bertanding, kita bertanding juga untuk DUN di kawasan…

Read More

659 kes baharu Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 18 Jun. – Sebanyak 659 kes baharu Covid-19 direkodkan Brunei Darussalam hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 519 kes yang dilaporkan semalam. Kes baharu yang dilaporkan tersebut adalah hasil daripada Ujian ART yang dimuat naik ke aplikasi BruHealth.  Dalam kenyataan media Kementerian Kesihatan bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 Negara Brunei Darussalam (NBD), dua kes sedang berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU). Tiga kes lagi dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi. Sebanyak 472…

Read More

Thailand catat 2,272 kes baharu

BANGKOK 18 Jun – Thailand merekodkan 2,272 kes baharu Covid-19 dengan 23 kematian hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 1,967 kes dan 19 kematian yang dilaporkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah itu tidak termasuk 3,071 keputusan positif hasil ujian antigen dalam tempoh 24 jam yang jika digabungkan membawa kepada 6,072 kes. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,264 kes dalam kalangan penduduk awam, dua dalam kalangan banduan dan enam kes import. Dengan perkembangan ini juga jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,497,152 manakala jumlah yang meninggal dunia pula 30,445. Setakat semalam,…

Read More

2,130 kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 18 Jun – Sebanyak 2,130 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, semuanya jangkitan tempatan yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 4,536,795. Menurut data di portal COVIDNOW, satu kematian dilaporkan yang membawa kepada 35,731 orang meninggal dunia setakat ini. Terdapat 25,626 kes aktif di mana 24,585 sedang menjalani kuarantin di rumah, 35 kes dirawat di unit rawatan intensif (ICU), dan 19 memerlukan bantuan alat pernafasan. Sementara itu Selangor terus mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 776 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 553, Pulau Pinang 168, Perak…

Read More

Peluang PICKids di kawasan terpencil

BAGAN SERAI 18 Jun – Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia mempertimbangkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) secara percuma di kawasan terpencil atau kawasan yang tiada liputan komunikasi. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, berkata sebagai contoh di pedalaman Sabah dan Sarawak yang ramai tinggal di kawasan yang langsung tiada liputan komunikasi dan ketika mereka keluar menyertai PICKids, program itu tamat. Untuk kes sebegini, jawatankuasa kampung boleh mengumpulkan maklumat kanak-kanak yang ingin divaksin dan seterusnya boleh memaklumkan atau berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) bagi mendapatkan program tersebut. Seterusnya Pengarah JKN…

Read More