Gerakan tanding 35 Parlimen, 62 DUN

KUALA LUMPUR 18 Jun – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) berhasrat bertanding 35 kerusi Parlimen dan 62 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Presidennya, Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Menurut beliau, Gerakan sudah menerima senarai kerusi itu daripada pengerusi perhubungan negeri yang menunjukkan hasrat bertanding pada PRU-15 akan datang.

“Saya sudah mengarahkan pengerusi negeri mengadakan mesyuarat secepat mungkin dengan pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri masing-masing.

“Ini supaya mereka dapat mencapai kata sepakat dan keputusan yang memberi kebaikan dan kejayaan kepada PN pada PRU-15,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat, hari ini.

Katanya, Gerakan turut berpendirian pada PRU-15 mereka akan memfokus kepada kualiti dan bukannya kuantiti.

“Justeru hanya kerusi yang menjadi sasaran atau peluang tinggi untuk menang saja akan ditandingi. Ini kerana Gerakan berhasrat menjadi suara rakyat yang paling utama di Malaysia, ” katanya.

Related posts

Leave a Comment