659 kes baharu Brunei Darussalam

BANDAR SERI BEGAWAN 18 Jun. – Sebanyak 659 kes baharu Covid-19 direkodkan Brunei Darussalam hari ini, menunjukkan peningkatan berbanding 519 kes yang dilaporkan semalam.

Kes baharu yang dilaporkan tersebut adalah hasil daripada Ujian ART yang dimuat naik ke aplikasi BruHealth.

 Dalam kenyataan media Kementerian Kesihatan bagi Situasi Terkini Jangkitan Covid-19 Negara Brunei Darussalam (NBD), dua kes sedang berada dalam Kategori 5, iaitu mereka yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif (ICU).

Tiga kes lagi dalam Kategori 4, iaitu mereka yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

Sebanyak 472 kes disahkan sembuh, yang membawa jumlah pesakit pulih kepada 152,490 manakala jumlah kes aktif sebanyak 3,737.

Sementara itu sebanyak 84.5 peratus kanak-kanak yang berumur 5 hingga 11 tahun menerima satu dos vaksin dan 70.5 peratus lagi dalam lingkungan itu menerima dua dos vaksin setakat hari ini.

 Bagi peratus rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah sebanyak 72.1 peratus.

 

Related posts

Leave a Comment