Indonesia catat 1,220 kes baharu

JAKARTA 18 Jun – Sebanyak 1,264 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang terdiri daripada 1,220 kes tempatan manakala 44 lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,066,908.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 523 iaitu 518 tempatan dan lima import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,902,162 orang telah pulih.

Untuk, kes aktif nasional atau pesakit Covid-19 bertambah 736 kes dan kumulatifnya

8,062 sementara lima kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 156,684.

Disamping itu, pada perkembangan program vaksinasi penerima vaksin Covid-19 bertambah 35,392  dengan jumlah melebihi angka 201 juta atau lebih tepat 201.131.104 orang.

Sementara itu,  angka tertinggi harian adalah Jakarta 291 dari transmisi lokal dengan kumulatifnya 1.237.412 orang, diikuti Banten 84 terdiri 82 transmisi lokal dan 2 PPLN dengan kumulatifnya 290.880 orang,

Jawa Barat 64 terdiri 63 transmisi lokal dan 1 import dengan kumulatifnya 1.091.195 orang, Jawa Timur 53 dari transmisi lokal dengan kumulatifnya 545.171 orang, serta Bali 10 terdiri 8 transmisi lokal dan 2 PPLN dengan kumulatifnya 153.162 orang.

Related posts

Leave a Comment