2,130 kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 18 Jun – Sebanyak 2,130 kes baharu Covid-19 direkodkan semalam, semuanya jangkitan tempatan yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 4,536,795.

Menurut data di portal COVIDNOW, satu kematian dilaporkan yang membawa kepada 35,731 orang meninggal dunia setakat ini.

Terdapat 25,626 kes aktif di mana 24,585 sedang menjalani kuarantin di rumah, 35 kes dirawat di unit rawatan intensif (ICU), dan 19 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu Selangor terus mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 776 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 553, Pulau Pinang 168, Perak 148, Sabah 115, Negeri Sembilan 82, Johor 60, Melaka 54, Sarawak 53.

Kedah 44, Pahang 26, Wilayah Persekutuan Putrajaya 22, Terengganu 14, Kelantan 11, Perlis 4 dan Wilayah Persekutuan Labuan sifar kes.

Related posts

Leave a Comment