3,782 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 18 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 3,782 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,456 jangkitan tempatan dan 326 ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah kes terkumpul sejak pandemik meningkat kepada 1,364,562 dengan jumlah kematian kekal pada 1,402.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 3,418 adalah kes Protokol 2 iaitu pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Kes terdiri daripada 3,115 kes tempatan dan 303 kes import manakala 364 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 341 adalah jangkitan tempatan, manakala 23 adalah kes import.

Sementara itu, kadar pertumbuhan jangkitan mingguan naik kepada 1.13 di mana kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin meningkat.

Jumlah pesakit yang masih dirawat di hospital pula naik kepada 279 orang di mana 35 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, enam kes dipantau rapi di ICU sementara 3,833 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam, sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment