4,085 kes baharu Singapura

SINGAPURA 17 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,085 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,698 jangkitan tempatan dan 387 ‬kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,360,780 orang dengan kematian pula 1,402 orang termasuk seorang yang direkodkan hari ini. Daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 3,678 adalah kes Protokol 2, pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Ia terdiri daripada 3,323 kes tempatan dan 355 kes import manakala…

Read More

Qari Perak, qariah Selangor johan tilawah

JOHOR BAHRU 17 Jun – Qari dari Perak, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan dan qariah dari Selangor, Sofizah Mousin muncul sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 1443H/2022M di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar di sini, malam ini. Masing-masing layak membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, selain piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji. Kejayaan itu sekali gus melayakkan mereka mewakili Malaysia bagi menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di ibu negara pada 17 hingga 22 Oktober depan. Tempat kedua…

Read More

WHO dapatkan kit ujian cacar monyet

DAKAR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang mendapatkan ribuan kit ujian saringan cacar monyet untuk Afrika dan berusaha  memastikan benua itu mempunyai akses adil kepada vaksin sekiranya perlu. Pengarah WHO Afrika, Matshidiso Moeti berkata, lapan negara Afrika kini telah mengesahkan kes cacar monyet termasuk Nigeria, Cameroon dan Republik Demokratik Congo. Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Afrika, benua itu telah mengesan 1,597 kes yang disyaki virus itu sejak awal 2022, di mana 66 daripadanya telah membawa maut. Walaupun pihaknya tidak mengesyorkan vaksinasi besar-besaran pada peringkat ini, namun mereka perlu memastikan ia…

Read More

RUU Antilompat Parti dibentang Julai

KUALA LUMPUR 17 Jun – Rang Undang-Undang Antilompat Parti kini berada di peringkat akhir, dan bakal dibentangkan di Parlimen pada bulan Julai ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, tindakan melompat parti, terutamanya pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 telah merencatkan proses demokrasi berperlembagaan di Malaysia. “Sehubungan itu, Rang Undang-Undang ini adalah mustahak untuk menjamin kestabilan dan integriti politik selepas PRU15,” katanya ketika merasmikan Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, di sini hari ini. Ismail Sabri berkata, pengenalan RUU tersebut merupakan antara langkah proaktif transformasi perundangan, khusus bagi memperkasakan…

Read More

Wan Zahidi mufti Perak mulai Ogos

IPOH 17 Jun – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan melantik Wan Zahidi Wan Teh, sebagai Mufti Perak, yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos depan. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ahmad Suaidi Abdul Rahim, berkata Wan Zahidi kini Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Beliau berkata, Wan Zahidi yang berasal dari Gerik, merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan. Menurut satu kenyataan hari ini, Wan Zahid memiliki pengalaman lebih 40 tahun…

Read More

Warisan NS sasar 4 Parlimen 20 DUN

SEREMBAN 17 Jun – Parti Warisan Negeri Sembilan menyasarkan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu  pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang. Pengerusinya,  Azman Idriz, bagaimanapun tidak menyatakan kerusi Parlimen dan DUN yang akan ditandingi kerana perkara berkenaan akan diumumkan kepemimpinan peringkat tertinggi apabila tiba masanya kelak. Katanya, sebagai parti baharu di Negeri Sembilan, pihaknya berasakan jumlah kerusi akan ditandinginya itu memadai dan memberi peluang rakyat untuk memilih pemimpin diperlukan mereka. “Jumlah kerusi akan ditandingi di Negeri Sembilan akan diputuskan…

Read More

Lam Thye ‘buka mulut’ sebab bersara

KUALA LUMPUR 17 Jun – Selepas lebih 30 tahun ‘membisu’ mengenai persaraan politiknya, Lee Lam Thye ‘membuka mulut’ mendedahkan permainan politik dalaman sehingga beliau meninggalkan politik menjelang Pilihan Raya Umum 1990. Bekas Timbalan Setiausaha Agung DAP itu berkata, kemuncak sebab persaraannya apabila pucuk pimpinan parti mengarahkannya berpindah kawasan pilihan raya yang tidak dinamakan tanpa sebab kukuh beliau perlu berpindah. Katanya, ketika itu ramai yang benar-benar prihatin bertanya sebab sebenarnya beliau berundur tetapi tidak bersedia menjelaskannya bagi mengelakkan perdebatan serta pelbagai tanggapan. “Jawapan saya kepada mereka ialah “kebenaran akan diketahui bila…

Read More

115 kes baharu Covid-19 Sabah

KOTA KINABALU 17 Jun – Jangkitan kes baharu Covid-19 di Sabah melepasi paras 100 dengan 115 kes baharu dilaporkan semalam. Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, hanya tiga kes jangkitan melibatkan Kategori 3 hingga 5. Katanya terdapat trend pertambahan jangkitan baharu di beberapa daerah termasuk daerah-daerah yang tidak mencatatkan sebarang jangkitan sebelumnya. Contohnya , daerah Putatan yang tidak merekodkan sebarang jangkitan pada Rabu mencatat 12 kes baharu hari ini. Begitu juga di Tenom, Tambunan, Tawau, Kota Marudu dan Lahad Datu yang terkeluar daripada kumpulan ‘bebas…

Read More

Ketua Pemuda MCA jadi Senator

KUALA LUMPUR 17 Jun – Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Nicole Wong Siaw Ting hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Dr Rais Yatim. Wong merupakan lantikan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini hingga 16 Jun 2025. Rais ketika mengalu-alukan pelantikan Wong mengucapkan tahniah dan berharap Wong dapat menggalas tanggungjawab sebagai Senator seperti mana yang dilafazkan ketika mengangkat sumpah. Wong yang ditemui pemberita berkata beliau berharap membawa suara anak muda ke Dewan Negara dengan harapan suara golongan muda juga dapat…

Read More