4,085 kes baharu Singapura

SINGAPURA 17 Jun – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 4,085 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 3,698 jangkitan tempatan dan 387 ‬kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 1,360,780 orang dengan kematian pula 1,402 orang termasuk seorang yang direkodkan hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 3,678 adalah kes Protokol 2, pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Ia terdiri daripada 3,323 kes tempatan dan 355 kes import manakala 407‬‬ kes lagi disahkan menerusi ujian PCR melibatkan 375 adalah jangkitan tempatan, manakala 32 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan naik kepada 1.12, di mana kadar ini merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 semakin meningkat.

Sementara itu jumlah pesakit yang masih dirawat di hospital naik kepada 264 orang di mana 25 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa, empat dipantau rapi di ICU manakala 4,975 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai program vaksinasi pula setakat semalam, 16 Jun sebanyak 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment