Warisan NS sasar 4 Parlimen 20 DUN

SEREMBAN 17 Jun – Parti Warisan Negeri Sembilan menyasarkan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu  pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusinya,  Azman Idriz, bagaimanapun tidak menyatakan kerusi Parlimen dan DUN yang akan ditandingi kerana perkara berkenaan akan diumumkan kepemimpinan peringkat tertinggi apabila tiba masanya kelak.

Katanya, sebagai parti baharu di Negeri Sembilan, pihaknya berasakan jumlah kerusi akan ditandinginya itu memadai dan memberi peluang rakyat untuk memilih pemimpin diperlukan mereka.

“Jumlah kerusi akan ditandingi di Negeri Sembilan akan diputuskan pada majlis tertinggi parti, namun setakat ini gambaran awal adalah empat kerusi Parlimen dan 20 kerusi DUN,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Setakat ini terdapat 25 cawangan Warisan di Negeri Sembilan membabitkan kira-kira 2,000 ahli.

Azman berkata, pihaknya yakin parti itu mampu melangkah jauh, malah penerimaan baik termasuk dalam kalangan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke dalam Warisan memperkuatkan parti dalam menghadapi PRU-15.

Related posts

Leave a Comment