115 kes baharu Covid-19 Sabah

KOTA KINABALU 17 Jun – Jangkitan kes baharu Covid-19 di Sabah melepasi paras 100 dengan 115 kes baharu dilaporkan semalam.

Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19, Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, hanya tiga kes jangkitan melibatkan Kategori 3 hingga 5.

Katanya terdapat trend pertambahan jangkitan baharu di beberapa daerah termasuk daerah-daerah yang tidak mencatatkan sebarang jangkitan sebelumnya.

Contohnya , daerah Putatan yang tidak merekodkan sebarang jangkitan pada Rabu mencatat 12 kes baharu hari ini.

Begitu juga di Tenom, Tambunan, Tawau, Kota Marudu dan Lahad Datu yang terkeluar daripada kumpulan ‘bebas jangkitan’ walaupun dengan jumlah kes baharu yang marginal.

Kota Kinabalu dengan 41 kes baharu turun 11 kes berbanding jumlah kelmarin, dan Penampang juga mencatat angka jangkitan baharu yang lebih rendah dengan 12 kes (-7).

Related posts

Leave a Comment